Melihat pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak kembar, pasti terbayang di fikiran kita bertapa meriahnya suasana di dalam keluarga tersebut, lebih-lebih lagi masa hendak menyambut Hari Raya.
Jadi jom ikuti perkongsian dari puan Siti Habshah Mat Sohod,30 dan pasangannya Kamarul Ariffin Razali,34 ini yang telah dianugerahkan 6 orang anak. Di mana yang sulong bernama Taufiq Aniq (lapan tahun), pasangan kembar; Lutfiah Hana dan Lutfiah Hani (tujuh tahun) dan pasangan kembar tiga; Lutfiah Aina, Lutfiah Aira dan Lutfiah Aini (tiga tahun).
Bajet berganda-ganda
“Saya ingat lagi, dulu masa ada anak sorang semua kelengkapan raya seperti pakaian dan sebagainya dapat disediakan dengan mudah. Namun bersama si kembar dua dan tiga ini, pengalamannya jauh berbeza.
“Bajet menjadi berganda-ganda dan jika ingin dianggarkan lebih kurang RM 3000 akan dibelanjakan untuk pakaian dan kelengkapan berhari raya untuk mereka. Jadi untuk itu, persiapan harus dibuat lebih awal. Tidaklah boleh dibeli sekali gus dalam tempoh masa yang singkat.
Ads
“Pengalaman untuk membeli belah pakaian anak-anak juga tidak sama seperti keluarga lain. Maklumlah bukan mudah untuk diusung anak-anak kembar ni dalam satu masa, lebih-lebih lagi dalam bab shopping. Ditambah pula jika pasar raya tersebut sesak dengan orang ramai.
“Keadaan ini membuatkan saya dan suami bimbang juga terhadap keselamatan anak-anak. Manalah tahu terlepas pandang kala asyik membeli persiapan raya, padah akibatnya. Jadi cara terbaik biarlah suami sahaja yang uruskan hal membeli pakaian kami sekeluarga.
“Sekiranya mahu bawa anak-anak ke pusat membeli belah, kami hanya bawa yang besar sahaja. Yang kembar tiga kami tumpangkan sekejap di rumah kakak untuk sementara waktu,” terang Siti Habshah atau lebih mesra di sapa Sha ini dengan panjang lebar.
Ads
Lupakan dulu dekor
Umumnya dalam membuat persiapan Raya, mestilah ketika di bulan Ramadan menjadi antara waktu yang sibuk untuk seorang ibu menghias kediaman agar rumah yang dihuni cantik dan selesa di kunjungi tetamu di Hari Raya nanti.
Ads
Namun hal ini tidak bagi Sha. Hasratnya untuk memberi sentuhan dekorasi pada ruang kediamannya terpaksa dipendamkan dahulu kerana situasi tidak mengizinkan.
“Jujur saya katakan, memang saya suka sangat hias-hias rumah ni. Tapi semua ini tidak dapat dilaksanakan dek kerana anak-anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi yang triplet tu. Pantang ada barang-barang, habis di’kerja’kan mereka.
“Oleh itu, biarlah saya simpan keinginan saya sehinggalah anak-anak besar sedikit. Buat masa ini, keadaan rumah digarap selapang mungkin untuk anak-anak mudah bermain dan selamat untuk mereka,” jelas Sha lagi.
“Saya dan suami memang sepanjang bulan puasa akan berbuka dan bersahur di rumah sahaja bersama anak-anak. Hendak makan di luar, memang tidak terfikir pun. Memandangkan bukan mudah untuk mengawal anak-anak ketika berada di luar. Jadi lebih baik, kami berbuka dan bersahur di rumah sahaja. Itu lebih menyenangkan dan kami selesa begitu”, terang Sha lagi diakhir perbualannya sambil tersenyum manis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di TikTok, tidak dinafikan ada sahaja trend terbaru yang menjadi ikutan dan video yang dikongsikan akan menjadi tontonan ramai tidak kira masa.
Terbaru, trend menunjukkan gambar sewaktu kecil bersama ayah dan kemudian gambar terkini. Nyata ianya memberi fenomena hingga ramai yang berkongsi gambar untuk memperlihatkan keadaan dahulu semasa kecil dan kini setelah dewasa.
Namun apa yang membuatkan ramai teruja apabila ada salah seorang anak gadis menggunakan akaun TikTok @.aleeyantasha berkongsi gambar kecilnya dipangku oleh ayahnya yang cukup dikenali ramai.
Siapa sangka anak gadis yang begitu cantik itu rupanya Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar yang juga merupakan anak kepada penyanyi rock yang cukup terkenal, iaitu Awie.
Ramai warganet terkejut dan tidak menyangka bahawa Awie sudah pun mempunyai anak dara yang cukup manis dan cantik orangnya.
Difahamkan Puteri Aleeya Antasha adalah anak daripada perkahwinan terdahulu dengan Arni Nazira.
Meninjau beberapa posting di akaun TikTok anak gadis Awie ini turut memuat naik video sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 21. Majlis bermakna itu juga turut diraikan oleh keluarga dan Awie turut hadir bersama.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan tidak kurang juga yang berseloroh mengidam menjadi menantu Awie Wings. Malah ramai juga mengakui kecantikan anak gadis Awie banyak mewarisi kecantikan ibunya.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Bila kita, ibu bapa suka marah anak dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi. Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Ibu Bapa Bila Rasa Nak Marah Anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Tengok Wajah & Mata Mereka, Terus Tak Jadi
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
ENTAH-ENTAH YANG KITA MARAHKAN SANGAT DEKAT ANAK ITULAH TEGURAN TUHAN BUAT KITA. TUHAN NAK BAGI TAHU ITULAH KAMU. TENGOK DEKAT ANAK ITU.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Bahang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun 2022, mula dirasai apabila Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur bergema dengan derapan langkah dan lintas lalu aset-aset Pasukan di hadapan Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass di sini pagi tadi.
Segala persiapan perbarisan disusun rapi demi memberikan persembahan terbaik bagi memeriahkan sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos depan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Gilbert Philip Layang dan Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Sukri Kaman.
Jangan lupa kongsikan kenangan anda di sana bersama kami. Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin
TAK SABAR NAK LIHAT PERARAKAN MERDEKA
Dalam pada itu, wargamaya meluahkan rasa tidak sabar untuk mengikuti perarakan merdeka itu, Ramai yang merancang untuk datang awal untuk meraikan hari bersejarah itu. Antara komen netizen seperti berikut:
“alhamdulillah terbaik berpakaian kemas dan segak serta pergerakan kawat yg mantap.”
“Nak datang awal pagi.”
“terbaik semoga anda bekerja dalam aman dan damai sejahtera.”
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...