Ikuti Nasihat Doktor Penjagaan Gout Termasuk Pemakanan, Elak Serangan Semakin Teruk.

Share

Jangan buat main serangan gout ni. Rasa perit pada bahagian berkenaan membuatkan pesakit tidak dapat bergerak aktif segingga rassa berdenyut hilang.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsiannya menerusi facebook miliknya, beliau menjelaskan mereka yang pernah diserang gout, faham apa yang dikatakan gout. Rasa bengkakan pada sendi dihujung jari kaki. Berdenyut-denyut. Rasa sakit tak payah cerita lah. Sampai tak boleh tidur.

Gout adalah masalah keradangan pada bahagian sendi. Ia juga sebagai arthritis. Keradangan sendi ini disebabkan oleh tahap asid urik yang tinggi di dalam darah. Kebanyakannya melibatkan masalah sendi kecil seperti sendi jari kaki.

Asid urik terhasil dari metabolisma molekul purin dalam badan. Purin pula terhasil metabolisma amino asid iaitu daging yang kita ambil dalam pemakanan kita. Ini bermakna semakin banyak daging (yang mengandungi purin) yang kita makan, semakin tinggi tinggi asid urik kita.

Tetapi itu tidak menjadi masalah.

Asid urik selalunya dikeluar dari tubih kita melalui air kencing. Semakin banyak air kencing yang dikeluarkan (dengan meminum air kosong secukupnya), semakin banyak asid urik yang dikeluarkan. Kegagalan ginjal untuk mengeluarkan asid urik dalam air kencing menyebabkan pengumpulan asid urik dalam tubuh.

Jadi asid urik yang tinggi dapat diturunkan bila kita minum air secukupnya, dan mengambil makanan yang kurang purin.

Namun begitu, ada beberapa kes di mana pesakit mengalami serangan gout walaupun tahap bacaan asid urik normal. Ini kerana terdapat faktor keradangan (chronic inflammation) yang berada dalam tubuh.

Untuk pesakit gout, bukan saja saya mencadangkan untuk mengelakkan makanan tertentu, tetapi juga untuk melakukan beberapa perkara berikut.

MESTI AMALKAN 

  1. Menurunkan berat badan. Ini kerana pesakit yang obes selalu mengalami keradangan dalam tubuh. Faktor keradangan ini yang menyebabkan asid urik membentuk kristal. Sebab itu pesakit yang obes lebih mudah mendapat serangan gout walaupun tahap urik asid mereka normal.
  2. Minum air secukupnya. Ini membantu lebih banyak asid urik dikeluarkan melalui air kencing.
  3. Memilih makanan yang mrmpunyai karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh.

Sayur-sayuran seperti ayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.

  1. Makanan dan minuman manis bergula yang juga mempunyai GI tinggi seperti kuih muih manis, roti dan kek juga harus dielakkan kerana ia meningkatkan tahap asid urik dalam darah.
  2. Elakkan pengambilan lemak trans, seperti makanan bergoreng, marjerin, makanan berproses yang dijual dalam plastik dan tin. Elakkan lemak tepu seperti – daging merah, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak. Banyakkan pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun.
  3. Pilih protein sihat iaitu daging haiwan tanpa lemak, telur dan kekacang.
  4. Vitamin C dan vitamin E bukan saja membantu menurunkan paras asid urik tetapi juga mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh.
  5. Kopi kosong tanpa gula dan susu sejat juga membantu mengurangkan risiko mendapat serangan gout.

Secara spesifiknya, bagi pesakit gout, saya cadangkan elakkan beberapa jenis makanan. Antaranya:

  1. Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, jantung dan lain-lain. Ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  2. Daging merah: kurangkan pengambilan daging lembu, kambing dan haiwan berkaki empat yang lain.
  3. Makanan laut: Tidak semua makanan laut dan ikan tidak sesuai untuk pesakit gout. Ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi. Ambillah ikan secara sederhana.

Kesimpulannya, sekali lagi dua faktor yang dapat menurunkan risiko mendapat serangan gout iaitu minum air kosong secukupnya dan ambil makanan yang mengandungi tahap purin yang rendah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: DrZubaidi Hj Ahmad