Ikuti 5 Tip Ini Untuk Latih Otak Kiri Supaya Anak Bijak Matematik

Share
Tahukah anda bahwa otak  kiri digunakan untuk berfikir hal-hal yang berkaitan dengan Matematik dan Sains. Otak kiri juga membantu kita untuk fokus pada garis dan formula. Fungsi utama otak kiri adalah untuk mengatur aktiviti berfikir konvergen iaitu satu arah yang bersifat teratur, berturut-turut, terperinci, sistematik dan matematik.
Oleh itu, jika anak anda yang tak pandai matematik tu atau lemah matematik, apa kata ikuti tip-tip ni untuk bantu stimulasikan otak mereka.
1. Bacakan Mereka Cerita Yang Berkualiti
Cerita yang berkualiti mampu mengasah otak kiri anak anda. Contohnya ialah bagi anak anda buku cerita yang ada fakta dan maklumat yang betul. Contohnya buku tentang binatang atau pun buku mengenai alam semesta. Senang cerita buku mengenai Sains. Atau pun, anda juga boleh boleh belikan buku cerita yang gunakan struktur bahasa yang betul.
2. Latih Daya Ingat dan Logik Berfikir Anak
Contohnya, cara untuk latih anak adalah dengan minta mereka ulang apa yang mereka baca kemudian lakukan soal jawab bersama mereka. Tanya mereka apa yang mereka tahu tentang cerita itu. Dari situ mereka akan sentiasa berfikir dan ingat apa yang mereka pelajari.
3. Main Sambil Belajar
Ajak anak anda bermain teka-teka bentuk atau warna sambil makan atau pun semasa tonton televisyen. Dengan cara itu, mereka dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan gembira. Barulah anak-anak mudah ingat apa yang mereka belajar. Ingat ye ibu bapa, masa kanak-kanak adalah masa bermain.
4. Ajak Anak Berbincang
Anda juga boleh bermain dan mengamati dengan anak setiap di sekeliling mereka. Ajak mereka berbincang setiap masalah yang sederhana hingga yang rumit. Contohnya seperti bila tengok langit, tanya anak anda kenapa warna langit berubah gelap ketika hujan dan jadi terang bila matahari muncul.
Mereka dapat jawab atau tak. Ataupun jawapan mereka di luar kotak? Mana tahu kan? Mungkin otak kiri mereka dah berfungsi dengan baik.
5. Biasakan Anak Bertindak Rapi dan Disiplin
Ibu bapa perlu latih anak anda untuk berdisiplin contohnya biasakan anak anda letak semula barang mereka di tempatnya. Jangan biarkan anak-anak sepahkan barang mereka. Ajar mereka untuk sentiasa berada dalam keadaan rapi dan kemas sebab islam galakkan umat mereka supaya sentiasa dalam keadaan bersih. Kaitkan dengan islam dan kebersihan. Baru mereka faham.
kredit to : showmekids international