Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan bluir seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam
Ads
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya
Ads
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
Ads
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tandas sentiasa bersih dan berbau harum barulah selesa untuk digunakan seisi keluarga. Jadi tidak hairanlah bermacam-macam jenis tips penjagaan tandas ada dikongsikan di media sosial untuk manfaat bersama.
Terbaru tular ada satu cara untuk pastikan kebersihan dan keharuman tandas lebih praktikal dengan menggunakan sabun buku untuk mencuci pakaian. Caranya cukup mudah, hanya dengan leletakkan sebuku sabun tersebut ke dalam tempat tangki tandas dan apabila dipam dengan sendirinya akan bertindak sebagai pembersih dan pewangi tandas.
Lantaran itu, seorang pemilik akaun TikTok@kaklongrosie turut teruja untuk mencuba tips tersebut dan berkongsi hasil yang diperolehi selepas beberapa hari praktikkan di tandas rumahnya.
Langkah 1 : Ambil sabun buku untuk mencuci pakaian.
Langkah 2 : Buka penutup tangki dan masukkan ke dalam tangki tandas tersebut.
Langkah 3 : Pam dan tandas akan sentiasa wangi dan bersih.
Pun begitu, ada yang memintanya untuk tunjukkan hasil selepas seminggu menggunakan kaedah tersebut. Perkara ini kerana dikhuatiri buih dari sabun tersebut akan membuatkan tandas menjadi bersepah. Bahkan ada juga yang mengatakan telah mencuba cara tersebut tetapi tidak sampai dua hari sabun buku yang digunakan telah mencair sepenuhnya.
Namun apa yang mengujakan, hasil perkongsian video daripada @kaklongrosie selepas seminggu menampakkan keadaan tandasnya masih bersih dan terkawal. Tiada limpahan buih sabun seperti yang dikatakan bahkan sabun buku yang ada di dalam tangki masih ada lagi.
Jadilah bolehlah anda pula praktikkan cara ini untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan harum. Atau boleh juga menggunakan sebun khas yang sedia ada dipasaran dengan klik di siniuntuk membeli secara online.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.