Kalau bab melipat kain, itu antara kerja rumah yang paling akhir akan dibuat oleh kebanyakan ibu yang bekerja. Biasanya kain yang dicuci setiap hari akan ditimbunkan di dalam bakul sahaja. Hendak dilipat tidak sempat dan badan pula terasa penat setelah seharian bekerja di pejabat.
Bila hari cuti, itulah masa yang ada untuk diuruskan. Tapi ketika itu, timbunan kain yang dilonggokkan menggunung tingginya. Kalaulah ada mesin melipat kain bukan ke lebih menyenangkan!
Tapi itu hanya angan-angan, hakikatnya kita jugalah yang akan melipatnya. Jika nak harapkan anak-anak atau suami yang tolong lipat, rasa tidak puas hati pula dengan seni lipatannya, akan jadi macam-macam bentuk dan saiz.
Jadi apa cara terbaik nak jimatkan masa kita urus kain yang bertimbun? Ikuti perkongsian Dina Zakaria. Cara yang digunakan olehnya nampak menarik juga, jom semak!
Ni cara saya. Dan saya harap dapat bantu la korang yang mungkin ada krisis dalaman dengan bakul kain. Basuh baju okey.. takde masalah sebab mesin yang basuhkan. Sidai baju dan angkat baju pun kira ok la lagi. Tapi bab lipat, tiba-tiba jadi mental block!
Saya dah cuba teknik try test applikasi teknik ni selama 2-3 minggu jugak. Nampak agak berhasil dalam meningkatkan penjimatan masa sehingga 100%
Ads
Tak perlu lipat kain sambil tengok tv. Konon nak gunakan masa dengan bijak, padahal kain boleh siap lipat setengah jam tapi sudahnya movie habis selepas sejam setengah pun belum habis pergunungan kain tu.
2. Asingkan kain mengikut orang. Baju bapak, baju mak, baju anak pertama dan seterusnya. Dua kategori lagi, baju yang nak iron & baju yang nak gantung hanger.
Ads
3. Lepas settle asingkan, ambil semua baju yang nak iron letak dalam satu bakul, jauhkan dari pandangan mata.
4. Seterusnya, gantung semua baju yang nak digantung. Settle gantung, pergi la sangkut kat suatu tempat.
Ads
Yes! Masa ni korang mesti dah bangga dengan diri sendiri sebab sekejap je mungkin 1/3 dari timbunan kain dah settle!
Untuk acara melipat yang sebenar, mulakan dengan baju yang paling besar. Selalunya baju si suami la. Bila baju yang besar dah settle, timbunan makin menyusut dengan cepat.
Hoyeahhhh!!!
Asingkan baju gini, korang nak cari pasangan baju tu pun senang. Takdelah bertukar, baju kuning pair dengan seluar hijau. Baju adik pair ngan seluar abang. Giteww.
Sumber : Dina Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan. Sebelum ini, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab.
Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut pelakon ini dalam satu pendedahan bersama Gempak, keinginan berhijab datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak.
Tatkala mengimbas kembali momen ketika dia memilih untuk memakai hijab, jelas pelakon Dendam Arora ini, segalanya berlaku secara tiba-tiba
“Ketika itu saya mahu mengambil anaknya di sekolah. Bila keluar, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.
“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama.
“Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.
Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.
Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.
Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut. Zila antara salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi program tersebut.
Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.
sumber: Astro Gempak & zilabakarinofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini.
Perjalanan rentas negeri ini dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.”
“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.” kata beliau dalam sidang media hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum pun hilang trauma ketika melahirkan anak, sudah ada pertanyaan bila pula nak tambah yang baru. Itu antara persoalan yang diajukan buat kaum ibu-ibu.
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, sangat penting dalam merancang jarak kehamilan anak seterusnya. Lebih-lebih lagi jika proses bersalin dilakukan secara pembedahan. Dalam hal ini, yang paling utama jangan abaikan fizikal dan emosi ibu-ibu.
Ini kerana badan perlukan rehat, kesihatan dan luka dalaman perlu dipulihkan terlebih dahulu, sebelum bersedia untuk melalui proses kehamilan dan bersalin sekali lagi.
Pelbagai kaedah boleh dicuba bagi merancang kehamilan seperti pengambilan pil perancang keluarga, susuk implant berhormon, suntikan cegah kehamilan, penggunaan kondom mahupun rancang secara sendiri (Natural method).
Perkongsian Dr Farhanah Ibrahim Pegawai Perubatan dari Eva Emily Clinic, klinik ibu dan anak berkongsi kisah mengenai penerimaan yang berbeza oleh pasangan suami isteri tatkala diberitahu mengenai berita kehamilan. Sang suami cukup teruja, manakala isteri pula seolah-olah keliru.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru berusia 3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Ikuti kisah pasangan ini dan juga tip dikongsikan oleh Dr Farhanah terutama untuk kaum bapa dalam memahami bab merancang keluarga.
Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy. UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.
Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.???
Dia datang ditemani suami. So suweet.
Lepas kakhana scan, tahniah! Kandungan dah nak masuk 9 minggu!
Tapi kakhana pelik, takda senyuman di wajahnya. Infact, dia nampak very unhappy.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.
Suami pulak bersorak gembira “Kami kawen baruuu nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”
Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.” Ada nada serius dalam gurauan.
Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu takda Dr, outstation”.
Bangga betul suami dengan isterinya. Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.
Si suami kerja menjaga keselamatan negara. Jarang-jarang ada di rumah.
Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata. Dari helaan nafasnya, kakhana tau perasaan si isteri bercampur baur. Paham sangat feeling tu.
Kakhana tanya, “Puan OK?”
Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”
(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)…
Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami”
Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu. Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.
Tapi suami pula tak sokong.
“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr. Sayang steady je, kan sayang?”
Eh eh eh.
Abam polis tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhaiii janganlah syok sendiri abam…? #tepukdahi
Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.
Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.
Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambiklah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.
Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu? Hmmm #sistanyaje #BiarUstazUstazahVerify
. BUAT PARA SUAMI MITHALI:
1. MERANCANG KELUARGA #ILMU YANG ANDA PERLU TAHU
Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.
Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.
. 2. MERANCANG KELUARGA PERLU #KERJASAMA KEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI
Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.
Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.
Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).?
Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.
. 3. MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI #MENYEKAT REZEKI
Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.
Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.
Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.
. 4. MERANCANG KELUARGA BUKAN #MEMBUNUH
Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.
. 5. MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN #ISLAM
Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.
Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.
Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.
Wahai suami, dari awal lagi islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus.
Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.
. Tak dinafikan, ada juga sahabat kakhana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.
. Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.
. Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.
Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%. Eh?
Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.
Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di