Ibu Ini Kongsi Tip Ini Jika Mahu Uruskan Anak Yang Bakal Berkhatan.

Share

Setiap kali cuti sekolah, kanak-kanak antara insan yang paling teruja.Apa tidaknya, waktu ini mereka ibarat ‘merdeka’ kerana tak perlu ke sekolah.

Tetapi bagi kanak-kanak lelaki, waktu cuti sekolah hujung tahun yang panjang mungkin mendebarkan mereka kerana ketika inilah ibu ayah akan melakukan aktiviti berkhatan atau bersunat.

Setiap kanak-kanak mempunyai fahaman yang tersendiri tentang prosedur berkhatan. Kebanyakannya akan berasa lebih gerun dengan istilah “memotong”.

Justeru, penyediaan diri dari segi mental dan fizikal adalah sangat penting untuk anak anda sebelum menghadapi prosedur berkhatan.

Elakkan dari mengatakan bahawa prosedur berkhatan itu tidak menyakitkan. Fahami dengan dalam ketakutan yang ada dalam fikiran mereka.

Ibu ini menerusi laman facebooknya berkongsi tip bagaimana menguruskan anak yang akan bersunat. Untuk ibu bapa di luar sana yang bakal melalui proses ini, boleh cuba tip dari puan Zeeda Aziz .


Musim berkhatan kini kembali. Tadi di post terawal saya, ada yang bertanya tentang tips bagaimana nak menguruskan anak yang akan bersunat.

Berikut adalah tips yang saya ingin kongsikan:

– Sebelum hari bersunat, pastikan anak anda sihat. Tidak demam atau batuk. Jaga kesihatannya.

– Beli kipas kecil (clip-on) seperti di dalam gambar. Angin sejuk dari kipas ini meredakan kepedihan di bahagian sulit.

– Besen kecil untuk melindungi bahagian sulit dari terkena kain. Besen tapis sayur pun boleh.

– Makan secukupnya sebelum ke klinik.

– Jangan lupa bawa kain pelikat.

Prosedur berkhatan agak mengerikan..(jangan bagi anak baca ni..haha!). Dari part membius, kemudian tarik kulit, potong ke bawah, kemudian potong keliling kulit menggunakan cautery (besi panas), jahit pula untuk menemukan kulit, seram juga. Susah betul nak menjadi lelaki rupanya.

Anak saya tak menangis langsung sewaktu prosedur. Diam je seperti tak ada apa². Menguit pun tidak.

Tapi, bila dia masuk saja ke dalam kereta, dia punya menangis macam nak terkeluar anak tekak. “Sakit mommy!! Sakit mommy!!”

Cepat² saya suapkan ubat penahan sakit dan ubat surut bengkak.

Di rumah, saya dan mak urut kakinya yang sejuk beku dek menahan kesakitan yang teramat sangat. Memang kesian tengok. Rasa trauma pun ada.

Kak Efa pujuk supaya dia kurangkan menangis kerana setiap kali dia mengerang kesakitan, seluruh alat sulitnya membengkak. Makin sakit lah jawabnya.

Bila dia dah bertenang selepas dipujuk dan diurut dengan minyak aromaterapi dan balm Tasneem Naturel, hadiah dari salah seorang follower saya, barulah dia diam dan tidur lena.

Sekarang sudah 6 jam selepas bersunat. Wafi dah boleh makan pizza dan main Sahibba dengan kakaknya. Sekejap je pun sakitnya, Alhamdulillah.

Kepada ibubapa yang akan ke klinik untuk mengkhatankan anak², saya ucapkan ‘Good Luck!” haha. Macam² drama boleh jadi dalam bilik prosedur. Kelakar pun ada. Rakam..jangan tak rakam. Memori mahal tu..