Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran. Hujung minggu adakalanya sibuk dengan urusna lain. Jadi, bab nak mendekorasi jauh sekali. Hanya jika ada masa terluang boleh berbuat demikian. Tapi bab bersihkan rumah mahu tak mahu wajib buat. Jangan sampai rumah macam tongkang pecah.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba praktiskan empat langkah mudah ini jika mahu kediaman anda kelihatan cantik dan sentiasa wangi. Jom semak:
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Petua Ibu