Nak cantik jawapannya mudah sahaja. Kena rajin. Kalau malas guna produk mahal pun tetap tidak berguna.
Lebih-lebih lagi bagi anda yang sudah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan
dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita.
Suami pun tumpang sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Resipi ini dikongsikan oleh Fyza Shah.
Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih
sahaja. Senang!
Ads
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
Ads
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada
serai dan daun pandan.
Ads
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau
habbatus sauda. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi peminat drama tanah air awal 1980-an, pasti kenal dengan kelibat anak seni bernama Margaret Gan ini.
Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, siapa sangka memasuki usia 79 tahun, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Tarikh 15 Februari lalu, pasti menjadi momen cukup bermakna buat dirinya. Dia yang sejak zaman persekolahan lagi sudah terbiasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.
Sebelum itu, Mohd Taufik terlebih dahulu memeluk Islam ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.
Tatkala membuka cerita mengenai pengislamannya, Margaret yang manis berhijab mengakui anaknya itu tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.
“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.
“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.
“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.
Ceritanya lagi, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.
“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.
“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Margaret dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.
Bahkan ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam dia tidak menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.Dia tidak mahu anaknya itu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.
“Saya tidak halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.
“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.
“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.
“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syahadah,” katanya
Jelasnya lagi, anaknya turut memintanya memakai tudung apabila berlakon.
“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab. Saya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhijab.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.
Luluh hati seorang ibu bila melihat anak yang dikandung terjejas kesihatannya apatah lagi jika berada di dalam keadaan kritikal hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Terbaharu, sebagaimana memetik laporan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.
“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.
“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.
Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.
“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Terdahulu, Muhamad Zaki merasmikan majlis Himpunan Bulanan di perkarangan IPK dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Kali terakhir dia muncul adalah ketika menyertai Gegar Vaganza musim keenam, waktu itu nama Wan Rashidah atau lebih mestra di sapa Wann kembali melonjak. Manakan tidak sudah lama peminat merindui kemuculannya.
Walaupun tidak berjaya muncul juara dalam program berkenaan, namun sedikit sebanyak kehadirannya mengubati rindu para pminatnya sekli gus membuatkan dia mula mendapat undangan untuk menyanyi.
Pun begitu, Wan tetap aktf dalam media sosial. Terbaru, dia memuat naik gambar bersama anak-anaknya membuatkan ramai yang tidak menyangka anaknya sudah besar.
Wan berkahwin dengan Wan Mohamed Thazah hamzah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Mohd Israfael dan Natasha.
apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah anak perempuan saling tak tumpah dengan wann. Bahkan, apabila bergambar berdua nampak seperti adik-beradik kerana dalam usia yang mencecah 50 tahun Wann tetap awet muda.
Manakala anak lelaki Wann pula ramai yang memuji wajahnya mirip pelakon Esma Daniel. Lebih-lebih lagi ketika memakai cermin mata.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...