
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapurnya masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Justeru, anda boleh mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Antara Mak Sendiri & Isteri Perlukah Ada Pilihan? Lelaki Ini Beri Respon Yang Menarik!

Percaya atau tidak, krisis yang berlaku dalam rumahtangga sebenarnya sering juga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab menjadi sebagai seorang anak dan seorang suami.
Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan. Ada pula yang sanggup mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri hingga ibu bapa terluka hati.
Menjawab persoalan dalam memilih mengutamakan antara ibu dan isteri, seorang suami terpanggil melontarkan pendapatnya tentang ini. Ikuti perkongsiannya.
Antara Mak & Isteri
Bila ada masalah antara mak dan isteri mesti orang akan cakap, mak ada satu je tapi isteri boleh cari ganti jadi utamakan mak lah.
Mak beri kehidupan pada kita, tapi isteri beri kita MAKNA kehidupan..
Betul dan tepat mak ada satu, tapi tak bermakna isteri yang kita sunting dari ibu bapanya boleh diganti sesuka hati. Mak wajib kita taat tapi berdosa kalau kita aniaya isteri sendiri.
Isteri adalah amanah, mak pula kewajiban kita sebagai anak. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Orang lelaki kena bijak dan ada pendirian bila berlaku perselisihan antara mereka. Kena pandang ‘sama berat’ isu antara mak dan isteri. Jangan berat sebelah pihak!
Masalah rumahtangga selesai baik-baik suami isteri, jangan libatkan mak ayah, lagi tak boleh kalau adik beradik atau ipar duai campur tangan. Memang tambah keruh jadinya nanti.
Walaupun hakikatnya talian darah dengan ibu tak akan putus bawa sampai mati tapi itu bukan lesen untuk kita buat talian ‘akad nikah’ kita dengan isteri di layan macam kertas buruk. Bila suka sign, bila tak suka buang.
Tiada istilah biarkan isteri di aniaya asalkan ibu tidak terluka. Isteri pun ada hati dan perasaan, isteri juga ibu kepada anak-anak kita. Fikir juga kesan pada anak-anak bila nampak ayah aniaya mak mereka. Situasi yang kita alami sekarang akan berbalik pada kita tau, itu Comfirm!
Percayalah tiada mak yang nak lihat rumahtangga anak lelakinya tak bahagia, biasalah kadang terlepas kata sebab mahu jamin kebahagiaan anaknya. Mungkin cara orang dulu tegur agak kasar tapi niat mereka sentiasa lembut.
Isteri juga seorang ibu mesti faham. Ada naluri yang sama jadi cuba lah bertahan sedikit. Jika terlalu berat untuk di tahan minta bantuan suami. Seorang ibu hanya boleh beri pandangan sahaja, itu pun bila di minta. Campur tangan mak dalam rumahtangga tak akan jernihkan keadaan malah keruhkan lagi.
Suami perlu prihatin bila isteri mengeluh, tidak boleh ambil sikap bersahaja walaupun nampak isteri tersenyum. Dalam hati terluka jika di biar boleh jadi barah yang menghancurkan rumahtangga. Menyesal tak sudah nanti.
Pesan pada anak lelaki, hormati mak dan sayangi isteri baru hidup kita di berkati.
Keluarga adalah ‘Ladang Pahala’ untuk kita, jangan jadikan ia ‘Ladang Dosa’ hanya kerana ego dan pentingkan diri sendiri. Saya bersyukur kerana ada 2 orang mak dan seorang isteri yang baik dan prihatin.
sumber : Mohd Fhais
Bila Anak Dah Berkahwin, Sebagai Ibu Belajarlah Lepaskan Anak Berdikari. Deep Perkongsian Ni!

Asam garam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Apatah lagi, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hal perselisihan faham pasti berlaku.
Pun begitu, jangan sampai kita sebagai orang tua menjadi punca pergaduhan besar antara mereka.
Sewajarnya, lepaskan anak-anak kita dan beri kepercayaan 100% untuk mereka mengemudi rumah tangga yang mereka bina.
Ini kerana kita tidak mahu menjadi asbab punca konflik dan seterusnya merosakkan hubungan suami isteri sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom baca untuk panduan bersama.
Kak kay rasa dah sampai masa emak-emak harus jadi emak dan membenarkan anak gadis mereka menjadi isteri kepada suami mereka sendiri.
Maaf ya kak kay terpaksa tulis di sini.
Dari 300 kes yang datang pada kak kay sejak awal tahun 2020 hingga kini, 10% konflik yang berlaku melibatkan campurtangan emak.
Dari 300, 30 bercerai atas isu mak.
1. Menantu masak nasi goreng untuk dinner, mak cakap
“kesian anak lelaki aku makan nasi goreng je malam – malam”
2. Suami kat rumah tolong sidai baju , mak datang “kau ni dari anak dara pemalas. Dah kawin pun menyusahkan laki kau. Mak dulu tak pernah tau suruh laki sidai baju, buat malu je! Kalau keluarga dia nampak nanti macammana”
3. Waktu malam mak tetiba ketuk pintu cakap
“Mak masak lauk sedap ni, kesian korang tiap malam makan nasi lauk sayur ikan goreng je. Kurus cucu mak cenggini”
4. Si anak lelaki naik pangkat, mak cakap
“Nasiblh abang dapat bini selekeh macam ni, kalau kawin dengan suria dulu mesti sepadan bini pandai melawa”
5. Isteri belikan hadiah baju untuk suami, mak cakap
“Manjakanlah laki kau tu, esok dia skandal dengan pompuan lain baru padan muka kau!”
6. Tangan anak kosong je lepas kawin, mak cakap
“Laki kau ni tak mampu ke beli gelang nipis pun untuk kau? Apalah pemalas sungguh laki kau ni”
7. Isteri balik kerja order food panda
“Nasiblah abang dapat bini pemalas, hari-hari order je lah jawabnya”
8. Suami memasak di dapur, mak cakap
“Bini dahlah pemalas, suami jadi kuli, esok laki kau cari lain baru padan muka kau, dahlah rupa kau lepas bersalin ni makin hitam aku tengok”
Allahu.
Emak, kak kay tahu mak sayang anak-anak mak.
Mungkin dah sampai masa mak harus terima yang mereka juga dah jadi mak.
Kata-kata mak begini boleh buatkan
pasangan tak bergaduh jadi gaduh
isteri mula bersangka-sangka
suami mula kecil hati
isteri takut nak balik rumah
suami malas nak keluar bilik
waktu makan bersama jadi hambar
suasana rumah jadi tegang.
Dan yang paling sedih ialah bila hilangnya mawaddah dan rahmat dalam keluarga. Nikmat kebahagiaan, ketenangan, keindahan berkasih sayang bagai di tarik hingga tiada ertinya kehidupan berkeluarga begini.
Jemput share moga manfaat.
sumber : Kamalia Kamal
Resipi Kek Pisang Coklat Versi Kukus Yang Simple, Guna Sukatan Cawan Je. Lembut, Sedap & Gebu!

Memandangkan esok cuti, pasti ibu-ibu ada plan kan. Apa kata untuk menu esok cuba resipi ini.Lebih-lebih lagi jika anak-anak suka makan kek coklat atau kek pisang.
Apa kata kita cuba resepi kek pisang coklat yang menggabung kedua-dua perasa ni. Kek Pisang coklat versi kukus perkongsian dari Noriza Awang Hamat ni mudah je nak sediakan.
Kek pisang coklat versi kukus
lembut dan gebu 😘
yg nk mencuba cikza bgi resepi nya skli
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan pisang yang siap dilenyek
4 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 Sb serbuk koko
esen vanilla.
tepung gandum,soda, baking powder diayak.
telur, gula, minyak dan esen vanila diblander masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan pisang dan tepung yg di ayak tdi.kaup balik bagi sekata.sapu Planta pada loyang, adunan tadi dibahagi dua..1 adunan dimasukkan serbuk koko dan yg 1 lg warna asal…masukan adunan berselang seli sehingga habis.. kukus 1 jam atau sampai masak