Ikut Tip ini Jika Mahu Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Pening Lagi Lepas Ni. Dapat Jimat Masa Dan Mudahkan Ibu-Ibu!

Share

Cili kisar yang dibuat sendiri memang lagi sedap dan tahan lama. Namun, bab nak membuang bijinya cukup leceh dan merumitkan kerja-kerja ibu di dapur. Jika tidak dibuang ia boleh tidak baik untuk kesihatan.

Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.

Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.

 

Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.

Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.

Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.

Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.

Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.

 

Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.

Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.

tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.

Sumber: Mama G Food Industries