Ini antara penyakit yang kian menghantui masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes antara yang dikaitkan kepada punca penyakit ini.
Yang penting kena jaga kesihatan sedari awal. Elakkan makanan dan gaya hidup yang boleh menjurus kepada penyakit ini.
Berikut perkongsian dari Dr Hamid Arshat berkenaan cara kawal penyakit darah tinggi yang beliau amalkan selama ini.
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi.
Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang2 saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding2 (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala Kesihatan.
1. Kawal berat badan. Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat.
Kurangkan makanan2 bergoreng, bersantan, kueh2 manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda.
2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ. Di samping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
2. Kawal stress. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
3. Makanan yang mengandungi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu
Sayur-sayuran hijau bayam, sawi, ULAM2 – ulam raja, sambung nyawa, mint.
Juz ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser.
4. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging.. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory.
Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedu-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
5. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.
Gambar & sumber: Dr Hamid Arshat