Nak masak ini memang kena ada skill barulah masakan akan jadi lebih sedap. Selain skill, kena tahu pula petua menjadikan masakan itu lebih sedap. Melalui perkongsian puan, Mizah Ngatiman berkongsi petua daripada Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cara menjadikan masakan bertumis menjadi lebih sedap. Wanita ini menggunakan petua ini sebagai panduan untuk memasak masakan asam pedas daging campur tetel.
IKUTI PERKONGSIANNYA.
RESEPI ASAM PEDAS DAGING CAMPUR TETEL.
Kata Dato’ Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.
Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.
Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato’ pakai tu kan
Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.
Lz kongsikan step by step di setiap gambar dan video di bawah.
Bahan bahan
1 bekas Isi daging dan tetel
20 tangkai lada kering – rebus
2sb biji ketumbar
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
*kisar
1 batang serai-diketuk
2sb asam jawa – jadikan pes
Bahan – bahan penyedap rasa
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut
Cara penyediaan:
Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.
Pecah minyak elok
Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.
Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.
Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.
Siap dah asam pedas kita.
Sumber: Mizah Ngatiman