
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Ikut Cara Ini Jika Mahu Bersihkan Peti Ais Dengan Cara Teratur Dan Selamat. Serius, Ibu-Ibu Kena Amalkan!

Peti sejuk ruang menyimpan makanan yang harus dijaga dari sebarang kekotoran bagi menghindari kuman atau serangga seperti lipas masuk ke dalam.
Nampak leceh dan banyak kerja, tetapi sebenarnya bukan susah pun jika anda mahu bersihkan peti ais. Cuba tip mudah ini untuk membersihkannya dengan cara yang betul.
Sebelum itu, pastikan keselamatan diutamakan. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.
Berikut cara mudah mencuci peti sejuk. Jom semak:
- Keluarkan Semua Makanan
Keluarkan semua makanan yang ada dan letakkan dia atas meja atau diman-mana tempat yang sesuai. Jika ruang sudah kosong, cuba periksa jika ada sebarang kerosakan sebelum membersihkannya.
Kebersihan peti sejuk harus dijaga, jika tidak, kekotoran yang ada akan memberi kesan kepada makanan yang disimpan dan boleh menyebabkan serangga seperti lipas masuk ke dalam peti ais anda. Tak susah malah senang dan mudah sahaja untuk bersihkan peti ais anda, cuba lihat 6 tips bagaimana anda perlu bersihkan peti ais dengan cara yang betul. Mari kita lihat !
2. Buang Makanan Yang Sudah Berkulat Atau Tidak Elok
Perkara ini untuk mengelakkan peti ais anda berbau busuk. Jangan simpan makanan terlalu lama, ia akan menyebabkan keluarnya sejenis lendir yang mungkin akan susahkan anda untuk bersih peti ais tersebut.
3. Keluarkan Bahagian Tray Plastik / Kaca
Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering. Basuh dan cuci kesemua tray tersebut dengan sabun. Bilas sehingga anda pasti ia benar-benar bersih. Kemudian, lap dan keringkan satu persatu.
Setiap bahagian peti sejuk bersihkan dengan menggunakan kain. Kalau nak betul-betul bersih, guna 2 sudu the baking soda dan campur dengan satu cawan air panas. Jangan guna pencuci kimia, nanti akan menyebabkan peti ais anda berbau.
4. Susun makanan Ikut kesesuaian
Susun makanan mengikut kesenangan anda untuk mencapai makanan. Rak pertama biasanya sesuai letak buah-buahan, coklat dan sebagainya. Tray seterusnya letak makanan ikut kesesuaian jenis makanan. Pastikan jangan letak makanan basah di ruang tray tersebut.
5. Wangikan Peti Sejuk Anda
Gunakan esen vanilla untuk mewangikannya.kalau nak senang, guna je lemon. Untuk menimbulkan bau lemon, peras isi dan air lemon kemudian bekukan air lemon itu. Letak bahagian kulit lemon itu di dalam drawe atau di celah-celah tray tersebut.
6. Bersih Bahagian Luar Peti Sejuk
Tengok bahagian luar peti sejuk jenis material macam mana terlebih dahulu. Jika material keluli tak tahan karat, guna kertas tuala, jika untuk keluli tahan karat, bersihkan dengan kain microfiber bersama cuka putih dan sapu ke permukaan peti sejuk anda. dan akhirnya siap!
7. Tutup makanan
Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
8. Habiskan Makanan Tak Tahan Lama
Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh
disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan
menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
8 Buka Pintu
Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9. Guna Berus Lembut
Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
10. Lap Bahagian bawah
Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti. Kemudian, lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
Setelah siap. barulah masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti. Kemudian, suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.
Sumber: Erafm
Cara Nak Bahagiakan Pasangan, Selalu Lah Ucap 3 Ayat Ni. Walau Nampak Ringkas Tapi Itu Yang Di Nanti-Nanti Oleh Pasangan Terutama Isteri

Dalam melayari alam rumah tangga, pasti akan timbul masalah. Namun sejauh mana kita boleh menanganinya tanpa mencetuskan perbalahan. Rumahtangga yang berjaya bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah.
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Malah, isteri ni sebenarnya suka sangat kalau suami sentiasa tunjuk kasih sayang padanya. Jadi, sebagai suami kena ada sifat bersyukur barulah rumah tangga bahagia. Hadamkan perkongsian oleh saudara Mohd Fhais ini tentang cara bagaimana rasa bersyukur itu boleh buat rumah tangga bahagia.
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya!
Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan.
#5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
– Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
– Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik.
– Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
– Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
– Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut.
– Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
– Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
– Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
– Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
– Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan.
– Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
– Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
– Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
– Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Orang yang kuat bersyukur ni dia tak cepat marah dan sentiasa nampak sisi kebaikan dalam setiap orang. Hebatkan!
p/s : Tolong saya sebarkan tips ini pada orang lain juga kerana tips ini sangat bermanfaat buat keluarga mereka.
Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Buat Keropok Untuk Anak-Anak. Jimat dan Paling Penting Enak Rasanya!

Bagi yang biasa makan nasi waktu malam, adakalanya tidak habis. Jika anda tidak mahu menyimpannya sehingga esok pagi boleh cuba petua ini.
Selain dijadikan apam nasi untuk sarapan pagi, anda juga boleh menghasilkan keropok daripada lebihan nasi tadi. Buat kudapan untuk anak-anak.
Nak tahu macam mana caranya? Jom tengok resipi di bawah ini.
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang saya ambil yang hijaunya saja. Hiris nipis
garam secukup rasa
Stok ayam/ kiub ayam
Langkah-langkahnya
1.Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.
2.Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.
- Angkat adunan dan bentukkan lonjong(seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.
- Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
5.Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.
Sumber: Thr Gegar