Ikut Cara Peminat Tegar Ros Jepun Ni Buat , Confirm Kita Tanam Pun Akan Berbunga Lebat!

Share

Melihat pokok Ros Jepun yang ditanam di laman rumah hidup merimbun lebat bunganya pasti ada sebahagian kita rasa terpukau dan terpesona.

Apatah lagi bukan sepasu dua yang ditanam menjadi, malah semuanya berkembang mekar, nyata sungguh cantik. Tiada yang dapat nafikannya.

Jari bagaimana untuk hasilkan begitu?

Melalui ini perkobgsian daripada Mohd Shaifful ini dapat membantu anda yang ingin menanam, dan boleh juga dijadikan aktiviti bonding time pada hujung minggu.

Assalamualaikum.
Kepada peminat ros jepun yang masih baru dalam dunia ros jepun. Harap tips ini bermanfaat untuk anda.

Anda selalu beli rose jepun. Tapi rasa tidak puas hati. Rj membesar lambat.Kat bawah saya tunjuk kan cara nya.

Kerat keratan rose jepun pendek pendek.

 

1. Kenapa perlu kerat ?

keratan pendek di perlu kan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunas nya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok anda menutupi pasu.

Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.

2. Apa jadi kalau sy tak kerat pendek. Cucuk je ke tanah.

Tak salah. Pokok tumbuh mcm biasa. Tp tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek2.

Pokok juga lambat besar kerana. Akar yg tumbuh. Terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yg masih ada pada keratan yg di tanam. Kalau anda kerat. Nutrisi itu di gunakan untuk mengbesar kan tunas/pucuk baru di sisi keratan pokok. Saya buang semua bunga pada keratan.

3. Kenapa perlu tanam jarak2 dalam pasu?

Supaya pokok tidak bersaing( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sehat.

4 . Rumah saya tak kena panas pagi dan terlindung.

Lupa kan niat anda untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasil kan pokok berbunga bnyak. Pasti kan tempat anda tanam rj kena panas. Jangan tanam bawah pokok. Tepi rumah yg redup. Matahari dan rj berpisah tiada.

Nak tanam boleh. Xada masalah. Tp xde lah secantik kena panas pagi.

5. Lepas tanam apa saya perlu buat ?

Siram.letak tempat redup.letak tempat panas selepas 4hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Lepas tanam nk letak tengah panas terus pun boleh.

*Siram tiap2 pagi kecuali hujan
*Baja 1kali setiap seminggu. Paling lewat 1kali setiap 2minggu.

Pada peminat ros jepun. Cuba lah inshaAllah menjadi.

Sumber : Mohd  Shaifful