Ayam Goreng memang makanan wajib bagi anak-anak kita. Tanpa menu yang satu ni, ada anak-anak boleh mengamuk tak mahu makan. Begitulah penangan ayam goreng.
Tak hanya anak-anak, kita yang dewasa pun cukup gemarkan ayam goreng. Tambah-tambah lagi dimakan bersama nasi panas. Memang meletop!
Nak tahu tip masak ayam goreng jadi lebih sedap? Anda kena cuba tip ini dan lihat hasilnya. Pasti buat anak-anak bertambah suka.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
3. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.