Ayam Goreng memang makanan wajib bagi anak-anak kita. Tanpa menu yang satu ni, ada anak-anak boleh mengamuk tak mahu makan. Begitulah penangan ayam goreng.
Tak hanya anak-anak, kita yang dewasa pun cukup gemarkan ayam goreng. Tambah-tambah lagi dimakan bersama nasi panas. Memang meletop!
Nak tahu tip masak ayam goreng jadi lebih sedap? Anda kena cuba tip ini dan lihat hasilnya. Pasti buat anak-anak bertambah suka.
Ads
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam jadi lebih sedap lagi enak.
Ads
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam jadi lebih rangup dan cepat masak.
3. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang power hasilnya. Gantikan kunyit hidup dalam gorengan ayam dan lumur bersama garam rata. Hasilnya ayam jadi lebih sedap dan cukup rangup. Selamat mencuba.
Ads
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Kekalkan kerangupan ayam dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya tindakan membuang air panas sama ada di sinki atau tandas menjadi perkara biasa sesetengah orang. Ia bertujuan untuk membersihkan lumut yang tersumbat di dalamnya.
Namun tidak ramai tahu bahawa ketika membuang air panas di tempat berkenaan kena berhati-hati dengan mengucapkan bismillah.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
HATI-HATI KETIKA MEMBUANG AIR PANAS:
Bekas Mufti Besar (Almarhum) Kerajaan Arab Saudi, Syeikh Ibn Baz ditanya:
“Adakah kita perlu mengucapkan Bismillah ketika menuang air panas ke dalam singki?” Beliau menjawab:
“Ya, sangat perlu mengucapkan Bismillah ketika hendak menuangkan air panas ke dalam singki kerana di situ sentiasa ada Jin”.
Beliau menceritakan pengalamannya hadir di sebuah rumah di mana Ruqyah berlangsung dan beliau bertanya kepada Jin mengapa kamu mengganggu orang yang tidak bersalah ini?”
Jin menjawab: “Dia menuang air panas ke atas anak² kecilku dan telah membunuh mereka”. Syeikh Ibn Baz menjawab:
“Tetapi kamu tahu kami tidak dapat melihat kamu.” Jin berkata:
“Kenapa dia tidak menyebut nama Allah – ‘Bismillah’ pasti anak² kami itu sedar dan bergerak”.
Ini jelas bermaksud, setiap kali kita menyebut nama Allah ﷻ ia berfungsi sebagai isyarat. Pastikan kita sentiasa menyebut ‘Bismillah’, ketika masuk ke dalam rumah,bilik, memakai pakaian, memakai kasut,menuang air panas ke dalam singki atau longkang malah di atas lantai.
Sayuran mempunyai khasiat yang tersendiri yang mampu merawat tubuh badan anda. Namun, ada beberapa jenis sayuran dan makanan yang dikatakan boleh mendatangkan kesan negatif pada tubuh.
Apapun penyakit yang anda peroleh selepas memakan sayuran ini adalah berpunca dari anda sendiri. Kemungkinan berpunca dari bakteria-bakteria yang ada disekeliling anda. Jadi, jangan persalahkan sayuran ini.
Nenas misalnya antara makanan yang agak digeruni terutama bagi mereka yang ingin dan sedang hamil. Kononnya, ia boleh menyebabkan keguguran. Namun, tiada sebarang bukti saintifik berkenaan hal tersebut. Bahkan, ada ibu mengandung yang mengambilnya namun tiada berlaku sebarang masalah pada kandungan.
Itu antara salah satu contoh mitos yang diturunkan dari dahulu sehingga sekarang. Tetapi bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Jika was-was jangan makan. Jom semak mitos lain dan faktanya:
Bawang Punca Badan Berbau?
Jangan takut untuk memakan bawang kerana, bawang bukan punca sebenar badan anda berbau. Bau badan akan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh badan seperti ketiak. Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuat anda berpeluh tetapi bukan berbau.
Biji Jambu Punca Sakit Usus?
Ada yang menyatakan bahawa memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Sebenarnya, penyakit usus ini terhasil disebabkan daripada bakteria patogen yang menjangkiti usus besar. Biji jambu tidak mungkin akan tersumbat dalam usus kerana biji jambu akan keluar apabila anda membuang air besar.
Timun Punca Keputihan?
Ramai kaum wanita tidak gemar memakan timur kerana ditakuti berlaku keputihan. Keputihan terjadi adalah berpunca alat sulit anda lembab dan sikap malas untuk menukar seluar dalam anda sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Timun dipercayai tidak mempunyai bahan yang menyebabkan keputihan.
Lemon Campur Kicap Punca Sakit Perut?
Jika ada pernah mendengar petua mengamalkan perahan limau nipis atau lemon bersama kicap mampu menghilangkan batuk, jangan ragu-ragu untuk mencubanya. Sebenarnya, limau dan lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam limau nipis atau lemon. Ia tidak akan memudaratkan perut anda.
Buah Salak Punca Sembelit?
Ramai yang tidak memakan buah salak kerana dikhuatiri akan mengalami masalah sembelit. Buah salak sebenarnya mengandungi serat yang tinggi sehingga mampu melancarkan pembuangan air besar anda.
Bayam Punca Urat Timbul?
Memakan bayam atau pucuk ubi akan membuat urat anda timbul dan sakit? Jangan risau, ia sama sekali tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh badan malah sayur ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pembuangan.Sakit urat adalah berpunca daripada toksik yang bayak dalam badan dan pengambilan garam secara berlebihan.
Buah Nenas Punca Keguguran?
Tiada bukti menyatakan buah nenas mampu mengugurkan kandungan. Buah nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein dalam badan agar lebih mudah terserap dalam tubuh. Secara tidak langsung, janin mampu berkembang dengan baik kerana mempunyai zat yang mencukupi. Nenas juga mampu membantu mengurangkan masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan sakit jantung.
Sumber: Islam Itu Sempurna
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja namanya, pasti ramai terbayang suka telatah comel Jebat Jayden. Mana tidaknya, baru saja berusia empat tahun, sudah petah bercakap.
Anak tunggal pasangan Noor Nabila dan bekas suaminya Sharnaaz Ahmad ini juga cukup meminati dengan Spiderman. Sehinggakan dia diberi gelaran ‘Fiderman’ oleh ibu dan bapanya.
Setiap kali gelagatnya yang comel dan bersahaja itu dikongsikan menerusi video, pasti ramai yang terhibur.
Terbaru video telatah Jebat yang dikongsikan oleh Nabila sekali lagi menjadi bualan ramai. Menerusi video itu, dia berlakon seperti seorang doktor yang merawat mummynya.
Apa yang meraih perhatian adalah percakapan Jebat Jayden dalam Bahasa Melayu yang semakin petah dan lancar.
Tidak hairanlah ada yang mengusik kononnya Jebat menggunakan bahasa baku, tak kurang yang mengatakan kanak-kanak itu menggunakan bahasa Kamus Dewan.
Dalam pada itu ada yang mengatakan wajah Jebat sememangnya mirip Nabila namun perangai dan percakapan seperti bapanya, Sharnaaz.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.