Ikut Cara Ni Jika Nak Cucur Ikan Bilis Lembut & Gebu Walaupun Tak Guna Telur & Air Panas. Hanya Guna Satu Bahan Ni Jer

Share

Menyediakan hidangan minum petang seperti jemput-jemput nampak mudah tapi adakalanya tak menjadi. Pasti kita selalu dengar soalan begini “macam mana ya nak buat jemput lembut ”. Pelbagai petua dan tip dikongsikan di luar sana.

Salam satunya petua yang dikongsikan oleh Fyza Shah ini. Untuk  mendapatkan jemput-jemput yang lembut  tak perlu menggunakan telur dan air panas. Hanya satu bahan ni jer boleh membantu.

Petua lembutkan jemput-jemput ikan bilis tanpa telur dan air panas.

Tips ni kawan kak Fyza yang bagi. Hanya tambahkan sesenduk nasi je gais. Korang baca la ya, kat gambar ada caranya. Lembut gemalai je jemput-jemput tu. Lebih sedap dari letak telur dan guna air panas.

Bahan

Tepung gandum

Sesenduk nasi

Ikan bilis

Bawang

Garam

Ubi kentang

Air sejuk biasa

 

Cara kat setiap gambar tau. Boleh share dan buat kejap lagi hidang sepiring kat suami kau orang lah. Hehe

Kisar semua bahan tadi.
Racik ubi kentang. Atau ikut la nak potong gaya dadu ke panjang melunjur.
Ni yang dah kisar tadi. Bubuh semuanya dalam ni okay.
Campak ubi kentang tadi lepas gaul bancuhan tu

Start goreng . Kak Fyza jenis tak suka garing sangat. Once dia terapung warna kuning sikit terus balikkan.
Gebu uiii, serius tak tipu. Anak anak pun suka sebab tak perlu kalut Cabut ikan bilis atau bawang satu satu kan.
Cicah pulak sambal kicap power pedas pekat macam ni . Wallahhh. Sepiring jemput-jemput pun kau layan sorang.
Sedapnyaaaa. Lembut tak puas makan 😌

#FyzaShah