
Sering dilihat kebiasaannya si anak akan lebih rapat dengan ibunya berbanding si ayah. Mungkin kerana ibu punya banyak masa bersama atau kerana sifat ibu yang lebih berlembut menjadikan anak memilih untuk rapat dengan ibu. Manakala akan menjauh dengan ayah yang dilihat begitu tegas dan garang. Jika tiada usaha dilakukan, akhirnya hubungan antara anak dan ayah akan hambar, renggang dan akhirnya seakan menjadi orang asing dalam keluarga.
Strategik membina kemesraan ayah & anak
- Isteri perlu memberi ruang kepada suami untuk berinteraksi dengan anak sejak di dalam kandungan lagi. Minta suami berbicara atau seakan berbual dengan penuh kasih sayang bersama anak yang di dalam kandungan. Cara ini secara tidak langsung dapat membina jalinan kemesraan antara ke duanya.
2. Seorang ayah jangan berat mulut untuk memuji kejayaan anak. Bila ini sering diucapkan oleh seorang ayah pasti akan dihargai dan menjadikan anak bangga mempunyai seorang ayah yang prihatin tentang kebaikan atau kejayaan yang dilakukan.
- Ibu jangan menghalang si suami untuk bermain dengan anak. Walaupun kebiasaannya seorang lelaki dewasa akan bermain dengan agak lasak dan bertenaga bersama anaknya. Biarkan sahaja kerana itulah cara interaksi yang hebat antara mereka. Malah tidak dinafikan anak-anak juga sukakannya.
“Wahai Isteri, Lihatlah Selipar Suamimu, Jika Seburuk Ini, Mungkin Banyak Pengorbanannya Yang Kamu Tidak Ketahui. Sebak Baca Luahan Lelaki Ni!

Bershopping sering dikaitkan dengan kaum wanita. Sebut sahaja awal bulan, tengah atau hujung ada saja benda yang nak dibeli. Hatta menggunung tudung yang ada, masih tidak mencukupi.
Ada sesetengah wanita yang gemar bergaya, jadi setiap bulan tidak boleh tampil dengan pakaian dan aksesori yang sama buat mereka yang bekerjaya. Namun berbeza dengan suami yang cukup simple dan memilih yang seadanya tanpa banyak songeh.
Kadang kala kemeja yang sama dibeli 5 tahun lepas masih elok dipandangan matanya. Malah bukan hanya pakaian, bahkan kasut, selipar, dan sebagainya tidak bertukar ganti selagi masih elok untuk dipakai.
Hadamkan luahan hati saudara Akhtar Syamir yang cukup menyentuh hati ini. Bait-bait kata yang cukup bermakna menggambarkan betapa pengorbanan seorang suami yang lebih mengutamakan keluarga dari keperluan sendiri.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Cukup deep luahan hati suami ini.
Selipar Buruk Suami.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Ada sebabnya kenapa selipar ini menjadi begitu buruk dan ada sebabnya kenapa selipar ini masih dipakai sehingga kini.
Isteri. Betul, lumrah lelaki akan memakai sesuatu sehingga ianya tidak boleh dipakai lagi. Sebagai contoh, dompet, tali pinggang, seluar jeans dan kasut serta selipar. Tetapi itu semua sekadar luaran sahaja. Marilah kita selami lebih dalam sedikit hari ini.
Isteri. Selipar suamimu telah lama rosak. Buruk sangat rupanya. Berkali-kali kamu telah menegur dan mengingatkan dia supaya menukar selipar yang baru. Tetapi sering jawapannya sama sahaja. “Nantilah”.
Isteri. Suamimu setiap hari keluar dengan selipar yang sama. Selipar itu amat berharga baginya. Selipar kulit memang tahan lama. Cuma, apabila suamimu pakai, ia jadi jauh lebih lama dari usia yang sepatutnya.
Isteri. Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting.
Isteri. Seringkali dalam minda suami akan membayangkan dengan duit yang dibelanjakan untuk membeli selipar baru, boleh digunakan untuk membeli lampin anak, membeli pakai anak dan isteri, membeli barang dapur dan rumah serta membayar duit persekolahan anak. Bukan tidak mampu, tetapi ia menjadi suatu yang tidak perlu walaupun ianya satu keperluan.
Isteri. Selagi daya, suamimu akan memakai selipar itu. Biarlah tapak kaki sudah mengenai lantai, suamimu akan jalan dengan lebih berhati-hati supaya tidak memijak benda yang boleh melukakan.
Isteri. Suamimu seorang sahaja punca pendapatan keluarga. Setiap detik, setiap ketika dia memikirkanmu dan anak-anak. Setiap detik membayangkan bagaimanakah keadaanya jika dia tiada. Tidak sanggup memikirkannya, itulah sebab kenapa dia jarang mengeluh.
Isteri. Suamimu tidak meminta dan tidak juga mengharapkan kamu memberinya apa-apa. Cukuplah sekadar kamu terus berada di sisi di saat dia dan kamu sedang diuji. Cukup sekadar senyuman di wajah manismu.
Isteri. Jika kamu pernah nampak dia mengangkat selipar baru dan kemudiannya meletakkan semula, pada saat itulah, hanya seberapa ketika sahaja di dalam mindanya menolak keperluan dirinya jauh ke bawah.
Isteri. Perlu tahu yang dia jadi begini kerana sayang kepadamu. Dia menghargai apa yang telah kamu lakukan untuk dirinya.
Isteri. Lihatlah selipar suamimu. Jika ia pernah seburuk ini, mungkin banyak pengorbanan dia yang kamu tidak ketahui. Hargailah dia, berterima kasihlah kepadanya.
Sekadar renungan buat semua. Alhamdulillah selipar saya akhirnya telah berganti.
Bukan selalu saya berbicara mengenai suami. Harap tidak membanding-bandingkan antara suami dan isteri. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Buatlah bahagian kita dengan baiknya, In Shaa Allah pasangan kita akan sedar dan menghargainya.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem
Nak Pahala Berganda, Ini 6 Amalan Bulan Ramadan Buat ‘Di Rumah Aje’ Dengan Keluarga. Take Note Semua!

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa bagi setiap umat muslim. Umat muslim memperingati bulan istimewa tersebut hanya selama setahun sekali.
Meski singkat, amalan yang akan didapat bila dilakukan di bulan mulia ini sangatlah istimewa. Umat muslim seringkali berlomba-lomba untuk meningkatkan amalan ibadah mereka pada bulan nan istimewa ini.
REBUTLAH 6 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADAN INI
Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan.
1. BERSAHUR
Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:
“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)
Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.
2. MEMPERBANYAKKAN DOA
Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)
Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”
3. BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA
Nabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
4. MENYEGERAKAN BERBUKA
Ini tentunya salah satu sunnah yang mudah untuk kita lakukan. Jangan lupa meniatkan menyegerakan berbuka kerana ianya adalah salah satu amalan sunnah.
Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)
Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
5. SOLAT TERAWIH
Tarawih adalah solat sunat yang khusus dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadan. Ia dilakukan pada bermula waktunya selepas selesai solat Isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat islam akan sekalikan dengan solat sunat ratibah Isya’ dan solat witir. Perkara ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampupnkan dosa-dosanya yang telah lepas.”
Hadis Riwayat Muslim: 759
6. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM
Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malam Lailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.
Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.
Apa yang pasti, banyak amalan sunat yang boleh dilakukan semasa Ramadan. Amalan dilipat kali gandakan begitu banyak. Selain itu, malam yang di nantikan oleh seluruh umat islam iaitu malam Qadr yang baik dari 1000 bulan.
Dulu Viral Resepi Ayam Sambal Bali. Kini Viral Lagi Dengan Overnight Oats. Tabiklah Ibu Beranak Lima Ni Bab Masak-Masak!

Sebelum ini viral dengan resepinya Ayam Sambal Bali sehingga 1.4 juta share! Terbaru pula, resepi Overnight Fruity Oats menjadi viral pula dengan 42 ribu lebih share. Wow hebat betul resepi ibu beranak lima ni!

Menerusi laman facebooknya Aisha Shukor Mohd Fairuz melahirkan rasa bersyukur resepi Overnight Fruity Oats bermanfaat untuk semua dan tidak menyangka telah dikongsi sebanyak lebih 42 ribu dengan carian 2.2Million people reached bagi resepinya itu.
Ikuti perkongsian resepi viral ini laman facebook keduanya Main Masak2 Aisha Shukor . Mudah dan sihat bagi keluarga yang mementingkan pemakanan yang sihat.
________________________________________________________________
Okey siapp “Overnight Fruity Oats” energy booster yg nikmat nyamann tak muak versi Aisha Shukor (diulangi versi sy,cara sy ye) utk Breakfast kat ofis n stok bila lapo..sehari satu jar,blh ulang bukan suruh hadap skali smp habis okeyy..ni sy buat lebih sbb nk bg kwn2 rasa sama asyik belasah nasik lemak,mee goreng segala bagai kali ni kita eat clean pulak. Sape suka,blh buat sendiri dah..bahan smua mudah jumpa kat supermarket,senang sgt..nk mkn nanti baru gaul..mkn sejuk2 aduhaii nyum3. kenyang abadi gitew. Saya buat mlmni,utk mkn esok dan lusa. Nama pun “Overnight Oats” kan
Berikut perkongsian cara membuat Overnight Oats
Bahan-bahan;
Rolled oats (sy xguna instant oats,muesli atau nestum ye..cari yg “Rolled Oat” apa2 brand pun ok..knp rolled oats,sbb dia x memuakkan dan tidak diproses mcm oats biasa atau nestum..tp klau uolls nk jugak guna selain rolled oats,pun xde masalah..uolls yg nk mkn kan?)
Natural yogurt perisa asli
Low fat fresh milk (sy suka summerfields n farmfresh..nk guna yg lain pun xde masalah)
Chia seeds
Pure honey
Buah2an ikut suka (sy guna epal hijau n strawberry)
Kismis
Plastic Jar yg medium size..bkn yg paling kecik n bkn yg besar (beli kat Mr DIY rm1.79 je satu)
Cuci n bersihkan jar n bilas skali lalu dgn air panas..toskan..masuk rolled oats stgh jar
Letak fresh milk menutupi paras oats
Masuk satu camca kecil chia seeds (pasti kan minum air masak byk ye sbb chia ni panas sikit tp bagus utk yg sedang diet)..xnak letak pun xpe
Masuk satu sudu natural yogurts
Letak kismis ikut suka..nk letak kekacang pun blh tp sy xminat campur buah dgn kacang
Last skali letak honey agak2 utk rasa manis2 buah je ye dlm sesudu la
Siap..tutup n masuk fridge..bukan tempat beku yer kang jadi eskrem pulak hihi..selamat mencuba..
Buat agak2 utk makan esoknyer atau lusa je okey..senang je kan nk buat..buat la masa rasa nk mkn..xyah buat stock..ini bukan mcm dadih blh tahan berminggu2 okeyy syggzzz..oh ya,lagi satu klau nk buat bekas kecik2 pun blh buat sekali mkn..kang ada pulak yg kecam kata sama kalori mcm sepinggan nasi lemak pulak kan..padahal kita buat satu jar sehari bkn suruh peghabis skali hadap..blh faham ye
#SignatureByAishaShukor#mamaanak5 #lifebalance #stayfit #stayhealthy #mylifemyrul