Mendapatkan kulit wajah yang cantik dan gebu bukan semata-mata memakai produk yang mahal. Yang penting kena usaha dan rajin.
Jika ada masa lapang di hujung minggu ini, apa kata ibu-ibu cuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur anda. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.