Ikut Cara Ini Ketika Cuci Kipas Siling. Jimat, Tak Kotorkan Rumah & Habuk Juga Tak Melekat!

Share

Nak sihat dan bebas dari penyakit, rumah kenalah bersih dan kemas. Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting.

Tentu ada yang menghadapi masalah terutama ketika menyapu habuk pada kipas. Habis habuk-habuk berterbangan, jika dibiarkan melekat pula pada barangan lain.

Untuk memudahkan anda mencuci kipas dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah, bolehlah cuba tip ini.

Sebenarnya tak perlu pun apa-apa alatan yang canggih. Tapi apa yang kita perlukan hanyalah 1-2 helai SARUNG BANTAL yang dah lama.

Caranya mudah saja.

1. SPRAY CUKA PADA SARUNG BANTAL
Mula-mula, sediakan 1-2 helai sarung bantal lama.

Kemudian, bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air biasa. Kemudian, masukkan bancuhan air ini ke dalam botol spray. Seperti yang kita tahu, cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria.

Semburkan ke bahagian dalam sarung bantal yang dah lama. Sembur secukupnya hingga agak lembap.

Kalau tak ada cuka atau tak suka pakai cuka, boleh juga guna agen pencuci lain macam sabun pencuci.

2. SARUNGKAN PADA BILAH KIPAS
Kemudian, bersedialah untuk memanjat tangga dan membersihkan bilah-bilah kipas.

 

Sarungkan sarung bantal yang dah disembur dengan cuka tadi pada bilah kipas pertama.

3. KESAT HABUK SAMPAI BERSIH
Bila dah sarungkan, inilah masanya untuk anda kesatkan habuk-habuk pada kipas hingga tertanggal.

Kalau kita guna sarung bantal begini, semua habuknya akan jatuh dan terperangkap dalam sarung bantal. Jadi, habuknya takkan berterbangan dan tak mengotorkan ruang.

4. ULANG HINGGA PUAS HATI
Ulangi pada bilah-bilah kipas yang seterusnya hinggalah anda puas hati.

WAH, MEMANG MUDAH DAN CEPAT
Sarung bantal yang dah memerangkap habuk tadi bolehlah dibersihkan dan dicuci supaya ia boleh digunakan semula untuk proses mencuci seterusnya.

Lepas ini bolehlah cuba guna teknik ini untuk bersihkan habuk pada kipas siling dengan mudah dan cepat, tanpa mengotorkan ruang dalam rumah.

Selamat mencuba!