
Menyediakan hidangan untuk keluarga selepas pulang dari kerja adakalanya mengambil masa yang agak lama. Biasanya jika mahu cepat, daging atau ayam itu dikeluarkan dari tempat beku terlebih dahulu, namun kadang kala terlupa pula. Mahu tak mahu kenalah tunggu daging atau ayam menjadi lembut sebelum boleh dipotong untuk memasak.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Sumber: Sinarfm
“Dua Anak Bersalin Normal. Kalau Boleh Tak Nak Kena Bedah.” Kandungan Songsang, Almy Nadia Bimbang Bakal Dibedah.

Isi Kandungan
ToggleDebaran menanti saat untuk melahirkan hanya bakal ibu yang tahu perasaan itu. Biar sudah berpengalaman beberapa kali melahirkan anak, namun debaran tetap ada.
Apatah lagi jika si ibu mempunyai masalah kesihatan sama ada uri di bawah atau kandungan songsang menyebabkan si ibu tak senang duduk.
Itu yang berlaku pada pelakon dan juga isteri kepada dato’ Fizz Fairuz. Menerusi Instagramnya, Datin Almy Nadia memberitahu kandungannya yang kini memasui usia 36 minggu dalam kedudukan songsang.
Justeru, doktor memberi pilihan sama ada untuk dia melahirkan secara normal mahupun pembedahan.
“Harini g check up . Kandungan 36minggu 3 hari… doc ckp baby songsang.. minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi,if baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya…
“DOAKAN saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua.. jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah.. sbb 2 anak sy normal delivery.. jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. ???… doakan sy agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2,abaikan yg depan tu),” tulis Almy lagi.
View this post on InstagramA post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on
Para pengikut di instagramnya turut berkongsi pengalaman mereka selain mendoakan semoga dipermudahkan urusan Almy sehingga selamat bersalin kelak.
jumahamzah Ada cara tu @fizzalmynak bg putar balik kedudukan..semasa sujud dlm solat biar lama ckit sambil baca doa songsang (try google)..saya x brp ingt doanya…sesudah solat, amalkn berckp dgn baby “baby..baby..baby pusing la balik ke kedudukan baby yg asal yer. Baby anak yg baik,kan.Jangan sakitkan & susahkan ibu/mummy yer”
nasirsuliza Klu saya dulu bby 4 5 bln dktor ckp songsang..so mak bidan ckp pg2x sujud bby akn pusing kedudukan..tp kak amy dh 37 mggu x leh dh wt gtu..xpe kak operate jnji dua2x selamat..aminnn
nuratiqahbthamzah Saya mngalami masalah yg sama cm akak.Baby saya jgk songsang dan terpaksa di bedah.oleh kerana saya tetap bertekad xnak di bedah..sy mncari beberapa dokter yg boleh tlg lahirkn scara normal.Dr.Tokha Muhamad..Regency Johor.Akak boleh cuba.sebab beliau antara dokter yg berani dan sangat pakar.Alhamdulilah dengn izin tuhan & kpakaran beliau anak sy dilahirkn scara normal walauoun kduduknnya tetap songsang..semasa melahirkn.Alhamdulilah
fhazidaghani cuba sujud lama2 sis..ramai kwn sy amal kan baby berpusing balik..in shaa Allah..ape2 smoga slamat kedua2 nya..
syma270 Insyaallah nnt nk dekat dekat tu baby pusing tu Selalu Urut dia nnt dia dgr ckp ☺️Semoga Allah permudahkn.
aziemhdyusof84 Dulu masa ank ke 2 pon songsang…alhamdulillah buat solat hajat…lepas solat usap perut ckp dgn bby pusing lah kedudukan yg sepatut nya…alhamdulillah esok nya doktar cek mmg duduk kedudukan yg betul…
Sumber: ig fizzalmy
“Bestnya, Suka Suasana Ni. Anak-anak Pun Tak Kekok.” Shuib Sekeluarga Rasai Suasana Berpuasa Di Kampung Buat Ramai Teruja

Tahun ini merupakan tahun pertama Shuib dan anak-anak meraikan kedatangan Ramadan tanpa kehadiran Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.
Mengakui sambutan kali ini cukup berbeza dan ketiadaan isteri tercinta memberi kesan pada pelawak dan usahawan ini. Namun demi anak-anak dia cuba kuatkan diri.
Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Shuib membawa anak-anaknya pulang menyambut kedatangan Ramadan di Kampung Parit Amin, Bagan Serai, Perak.
Kepulangan mereka sekeluarga memberi peluang buat anak-anak merasai sendiri suasana berpuasa di kampung. Selain empat orang permata hatinya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Martin dan Ayash Affan, ibu Shuib turut serta bersama.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 38, yang berkongsi foto rumah kampung tempatnya membesar.
“Selamat pulang Shuib,” katanya dalam Insta Story sambil menunjukkan suasana kehijauan yang melatari kampung halamannya.
Dia juga turut memuatnaik gambar tengah bersila di lantai bersama anak-anak sedang menikmati juadah berbuka.
Rata-rata warganet teruja dengan perkongsian tersebut sambil mengakui rindu untuk merasai suasana berpuasa di kampung.
Sumber: shuibsepahtu
ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!
ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur
BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Saya Korbankan Kasih Sayang Saya Untuk Fizo Sekeluarga.” Sah Bercerai Talak Satu, Mawar Karim Dapat Hak Penjagaan Anak

Desas-desus mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berakhir apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.
Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.
“Ini bukan satu pengakhiran, tapi permulaan yang baru bagi saya dan Mawar untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah dalam membesarkan anak kami.
“Kami berdua baik-baik sahaja, dan saya percaya hubungan kami akan lebih rapat untuk sama-sama membesarkan anak kami.
“Sehingga hari ini kami masih baik. Penceraian bukan satu benda baik, tapi sekiranya takdir Allah pada kita bergantung pada tindakan kita untuk mendapat hasil,”ujar Fizo yang tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh kembali.
Dalam pada itu Mawar menafikan wujud ego, harta mahupun orang ketiga dalam tercetusnya penceraian.
“Ini adalah pengorbanan yang paling besar untuk hidup saya buat hidup Fizo sekeluarga. Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo sekeluarga. Tidak timbul soal ego atau harta tetapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
“Sebagai wanita pasti semua sayangkan rumah tangga dan cuba selamatkannya. Tetapi sepanjang 6 tahun mencuba saya pasrah dan reda. Mungkin sampai sini sahaja untuk saya mencari ‘chemistry’ dengan Fizo sekeluarga.
“Fizo seorang yang bertanggung jawab, anak, abang dan adik yang baik terhadap keluarganya,” ujar Mawar yang mendapat hak penjagaan anak tunggal mereka, Wan Maryam.
Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.