Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk kesihatan.
Bagi anda yang mempunyai masalah sakit kepala atau susah nak tidur malam, ikut petua yang dikongsikan ini mana tahu berkesan untuk anda.
Ramai Yang whatsap saya malam ini. Ustaz boleh share kan tak macam mana cara untuk masalah susah tidur malam dan sakit kepala
Sebelum ini post saya tentang rendam kaki dengan ais pernah viral. Di sebabkan ramai yang bertanya balik saya post lagi sekali bagaimana caranya..
Tahukah anda amalan rendam kaki dgn air yang di campur dgn sedikit ais dapat melegakan ketegangan otot dan dapat mengelakkan dari masalah Gangguan Jin..
Terapi rendam kaki dengan air yang dicampur sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam baik jika di amalkan..
Bagi masalah sakit kepala, bisa sakit badan, elok amalkan rendam kaki dengan Air yang dicampur ais ini..
Sekiranya anda ada gangguan jin yang kronik anda pasti sakit seperti menyucuk2 di kaki yang di rendam..Itu tanda yang tubuh kita ada gangguan makhluk halus.. Sekiranya di amalkan inshaa Allah izin Allah jin akan terhindar dari tubuh anda..
Saya setiap hari setiap pagi pasti akan rendam..Jika yang susah tidur elok buat selepas isyak …Amalkan sebelum rendam kaki baca
#Al_Fatihah7x
#AlI_khlas7x
#Bismillah5 7xx
#Dan_selawat7x
InshaaAllah Izin Allah Kaki badan akan rasa ringan. Mana yang mengalami kerap sakit kepala, migrain, susah tidur malam baik sangat di amalkan cara begini.
InshaaAllah izin Allah kepala anda kurang sakit nya dan tidur anda semakin nyenyak.
Kesan Gangguan makhluk halus..
=Kaki rasa pijau bila di rendam kaki dalam ais
Harus di ingat ini adalah salah satu Alternatif dalam rawatan islam sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit..
InshaaAllah izin Allah Sakit anda akan sembuh.
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin