Sedapnya jika dapat hirup kuah sup ketika suam-suam. Lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk atau badan kurang sihat.
Namun di sebalik keenakan rasa kuahnya, jangan tidak tahu disebaliknya tersimpan masalah lain terutama pada kesihatan kita.
Sup tulang misalnya mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.
Justeru, ada beberapa kaedah untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Jom kita semak!
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.
Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Senduk harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut.
Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darah anda nanti.
Sumber: Petua Ibu
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster