Nak sihat dan bebas dari penyakit, rumah kenalah bersih dan kemas. Tapi jangan bab habuk dan sampah saja yang diberi perhatian, bab barang-barang dalam rumah juga penting.
Tentu ada yang menghadapi masalah terutama ketika menyapu habuk pada kipas. Habis habuk-habuk berterbangan, jika dibiarkan melekat pula pada barangan lain.
Untuk memudahkan anda mencuci kipas dengan pantas dan mudah tanpa menyebabkan habuk-habuk berterbangan sehingga mengotorkan ruang di dalam rumah, bolehlah cuba tip ini.
1. Masukkan sarung bantal pada bilah kipas. Kemudian, tarik sarung bantal ke bahagian atas dan bawah bilah kipas.
2. Tarik semula kain tersebut dan habuk serta kotoran yang ada akan turut dibersihkan juga.
Bagi memastikan kipas yang dicuci tidak berhabuk kembali dalam tempoh 2 hingga 3 bulan, lakukan tip di bawah ini. Selain mudah, ia juga menjimatkan kerana tidak perlu berbelanja lebih. Selamat mencuba!
3. Basuh bilah kipas dan bersihkan kipas anda terlebih dahulu.
4. Kemudian tuangkan sedikit pelembut kain ke dalam bekas tanpa campur air.
5. Celupkan span atau kain ke dalam cecair pelembut tadi dan sapukan pada permukaan bilah dan jaring kipas.
6. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dan keringkan kipas tersebut. Lepas tu baru pasangkan kipas itu kembali.
Set Nasi Ayam Ala-ala KFC, Pasti Teruja Anak-Anak Makan Bila Buat Ikut Resipi Ni!
Menyediakan menu yang digemari oleh anak-anak agar makan berselera kadang-kadang boleh buntu juga ibu untuk sediakannya. Jadi apa kata kali ini anda sediakan ala-ala nasi ayam KFC. Mesti anak-anak menggemarinya.
Apatah lagi, resipi yang dikongsikan oleh Umi Watie ini lengkap berserta dengan set seperti coslow, sup dan sambalnya.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu istimewa ini daripada air tangan sendiri.
Ini perkongsiannya.
Hari ini kakchik nak share resipi spesial sikit untuk anak dan suami. Biasa makan nasi ayam je kan? Kali ini kita buat ala ala Nasi Ayam KFC gituh. Pakat teruja anak-anak makan tau. Jom buat jom.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Set lengkap ada karbohidrat ada protein dan sayur. Ayam Krispi tu elok berkelopak. Menjadi sungguh. Geram pula menengok nya. Kakchik buat sup kosong bubuh bebola daging saja. Terpulang nak buat sup atau tidak. Kami suka sup jadi wajib buat.
Hidangkan pada anak-anak, semua pakat tanya bila Umi beli. Mana maunya tapau, kampung kakchik ni banyak kedai makan tutup. Takpe, kebetulan ada stock Kat rumah. Kita buat sendiri. Mana tau esok-esok boleh buat meniaga Kan?
Bahan-bahan Nasi Mentega
2 sdb Mentega
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
3 cawan susu full cream
1 cawan air
2 cawan beras basmathi
Garam
Cara Buat:
- Basuh bersih beras basmathi dan toskan biar kering.
2. Tumis bawang merah, bawang putih Dan halia dengan mentega sampai garing dan wangi.
3. Masukkan susu full cream 3 cawan dan 1 cawan air biasa. Anggaran 1 cawan beras basmathi sama dengan 2 cawan cecair. Jangan lupa perasakan dengan garam. Biar dia naik rasa lemak berkrim.
Kakchik tak bubuh daun pandan sebab suka bau mentega yang kuat. Kalau nak bubuh terpulang ya
4. Tanak nasi mentega kita sampai masak.
5. Tadaaaa. Rasa dia memang sama macam set nasi ayam KFC yang semangkuk rm 3 tu. Buat sendiri puas hati. Anak-anak suka nasi mentega no. Makan kosong pun sedap
AYAM CRISPY
Kakchik guna bahagian peha yang dibuang tulang. Kakchik guna 2 keping. Bancuhkan sebiji telur dengan 5 sdb tepung Bistari pedas. Tak letak air langsung tau.
Gaulkan semua bahan sampai dia mesra Dan muafakat membawa berkat. Kakchik perap sejam macam itu dalam peti Sejuk. Cubit cubitkan garam tu biar semua perasa masuk dalam ayam kita.
Cara buat :
- Satukan 1 cawan tepung bistari pedas dan ½ cawan tepung jagung. Ini untuk sekeping ayam bahagian peha tau. Kakchik buat untuk sekeping sebab tak nak membazir. Nanti sekeping lagi kita bancuh lagi tepung tu. Sebab baki tepung kakchik buang.
2. Bedakkan ayam perap tadi dengan adunan tepung salut tadi. Cubit cubitkan ayam tu. Ramas-ramaskan biar semua bahan kena.
3. Panaskan minyak, gorengkan ayam Krispi sampai kuning keemasan. Kakchik goreng dalam kuali leper supaya ayam elok terendam dalam minyak
4. Bila elok masak dan kekuningan, toskan kering. Dah siap.
Kakchik potong potongkan sebelum hidangkan pada anak. Senang anak nak ambil. Semua dapat bahagian yang mereka suka. Tak bergaduh dah. Mak boleh rehat sambil layan drama Korea.
COSLOW
Kakchik guna chopper zap zap tu. Kakchik letak 1 cawan kubis, 1 cawan kubis ungu ½ cawan lobak merah Dan 1 biji bawang merah
Lepas tu bubuh 5 sdb mayonis 1 sdb gula 1 sdt garam dan ¼ cawan susu full cream
Gaulkan semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk baru syok. Kakchik suka makan nasi kosong dengan coslow. Kenyang, sedap pun sedap tau. Ala ala makan ulam.
Tada dah siap, panggil anak dan suami makan. Hidangkan dengan sos cili Dan sup kosong. Selamat mencuba korang.
Bahan sup kosong
½ biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
1 sdb lada sulah
Garam
Bebola ayam atau daging
Tumis bawang dan halia. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan bebola.
Biarkan merenih. Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Kacaukan rata.
Matikan api. Hidang kan dengan bawang goreng dan daun sup.
Bahan sos cili
15 tangkai cili api
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 ½ cawan air
2 sdb cuka
Garam
Gula
Cara buat :
- Kisarkan bawang putih, cili dan halia dengan 1 ½ cawan air.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Biarkan merenih. Biarkan bahan sedikit pekat.
3. Masukkan cuka, garam dan gula. Kacau-kacaukan.
4. Matikan api. Dah siap.
Sumber : Umi Watie
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Saya Tetap Minta Maaf & Ada Masa Untuk Anak.” Cara Didikan Vie Shantie, Anak Pun Jadi Pemaaf, Lembut Hati & Tak Melawan!
Setiap ibu bapa pasti punya cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.Tetapi matlamatnya tetap sama, mahu anak-anak menjadi orang berguna apabila besar kelak.
Justeru, pendekatan tegas, berlembut atau sebagainya bergantung kepada penerimaan anak-anak. Tak salah jika ibu bapa meminta maaf sekiranya ada kesilapan dan daripada situ anak-anak boleh belajar.
Itulah pendekatan yang dikongsikan oleh Datin Vie Shantie dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anaknya. Sementelah, mereka kini semakin membesar, pasti didikan yang baik membantu mereka dalam kehidupan seharian.
Menerusi perkongsian Vie Shantie sempena hari jadi anak sulungnya baru-baru ini, luahan ibu cantik manis ini cukup menyentuh hati.
MasyaAllah TabarakaAllah… Sungguh tak sedar pun masa berlalu, bulan 5 tahun ini @viezaarakhan bakal masuk usia remajanya 13 tahun 🥺 Walaupun dia terlalu muda, tetapi terlalu banyak sudah pencapaian-nya yang sungguh membanggakan.
Dia merupakan anak yang tidak pernah berkasar pada orang tua, tak pernah mengeluh, tak pernah melawan saya walaupun sekali, tak pernah membantah apapun keputusan yang saya buat untuk masa depannya.
“Apapun yang saya katakan sekalipun meninggikan suara, dia tetap jawab dengan nada lembut dan santun ‘OK, MUMY.. SORRY MUMY’. Terkadang saya yang kesian dan datang kepadanya untuk minta maaf.
“Walaupun kita penat bekerja, kita sara mereka, berikan kehidupan yang terbaik buat mereka tapi saya tetap ingin meminta maaf kepadanya agar perasaan dia selalu ‘terjaga’.
“Saya mahu tinggalkan hanya kenangan manis difikiran mereka terhadap saya sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik mereka. Saya mahu mereka tahu yang saya tidak pernah sesekali akan membiarkan mereka ‘jawab soalan yang berlegar dalam fikiran mereka tanpa ada jalan penyelesaiannya.
“Saya tahu long way to go lagi untuk saya mendidik dan menjaga mereka sampai mereka besar (sekiranya mereka atau saya masih panjang umur, inshaa Allah).
“Tapi satu yang saya nak pastikan untuk anak-anak saya adalah, walau apa sekalipun berlaku, setiap hari saya akan ambil sedikit masa buat mereka, just to ask them ‘how was your day sayang’ and telling them that i really love them with all my heart 💜 Syukur
“Alhamdulillah, Allah SWT ANUGERAHKAN saya anak-anak yang baik. Semoga Allah SWT kekalkan sifat mereka begini sampai bila-bila, inshaa Allah 💜 #Vsk #VieZaara #MyFirstBorn #AnakSolehah #Berakhlak #Berilmu #Beriman 💜’
Vie Shanti sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata , Vie Zara, 13, Zareef Yusof, 11 dan Vie Zaara, 8.
Selepas berpisah, Vie kemudiannya bertemu jodoh dengan Datuk Seri Rahman Dahlan dan dikurniakan seorang cahaya mata Vie Raissa , 1 tahun 1 bulan.
Sumber:vieshantiekhan
Nampak Biasa-Biasa Tapi Nak Didik Anak Jadi ‘Orang’, 25 Ayat Ni Ibu Ayah Kena Buat.
Nak didik anak ni bukan perkara yang mudah. Kena tahu cara yang betul. Bukan aje sikap ibu ayah jadi perhatian anak-anak. Tapi percakapan pun memainkan peranan juga.
Salah cakap memang akan bentuk sikapnya nanti bila besar.
Apa pun bukan mudah nak didik anak jadi ‘orang’ yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.
Nak tahu cara ni, ibu ayah kena mula dari segi komunikasi.
Ikuti perkongsian coach parenting, Mohd Fhais ini jelaskan pandangannya mengenai 25 ayat yang kena guna.
25 ayat yang kita boleh guna serta mudah untuk dapatkan kerjasama anak.
1. Kakak lagi 5 minit kita nak balik ye, habiskan makanan segera
2. Adik tak boleh pukul kakak, cepat peluk kakak
3. Kakak pun sama, cepat peluk adik
4. Papa suka tengok anak-anak papa main sama-sama
5. Abg jom kita solat sama-sama
6. Kakak tolong ajak adik solat sekali
7. Adik tolong ibu kemas mainan
8. Boleh adik, nanti ibu bagi main telefon lepas adik dah makan okey
9. Abg nak makan dulu ke nak mandi dulu?
10. Ibu bagi 2 pilihan, kakak nak kemas mainan atau basuh pinggan?
11. Rajinnya kakak, boleh la ibu minta tolong kakak lagi nanti
12. Abg memang bagus, tak takut gelap pun
13. Hebat adik dah tak pakai pampers
14. Hebat abg boleh pujuk adik menangis
15. Ibu bagi adik nangis puas-puas, sampai kiraan 10 adik kena berhenti okey?
16. Abg kalau nak apa-apa tanya ibu dulu, ibu tak suka abg selongkar dapur macam ni.
17. Cuba kakak cerita apa yang berlaku sampai kakak nangis macam ni?
18. Adik suka cokelat ye, tapi tak boleh makan banyak-banyak nanti gigi rosak.
19. Bukan ibu tak nak bagi adik cokelat, kan semalam baru makan. Mana boleh makan hari-hari nanti gigi tercabut macam atuk tak ada gigi. Adik nak jadi macam gigi atuk?
20. Ibu minta maaf sebab buat adik sedih. Ibu marah sebab adik tak dengar pesan ibu, ibu pun juga sedih bila adik tak dengar.
21. Ibu bukan marah adik, ibu nasihat. Adik tak boleh sedih bila ibu nasihat, itu tanda ibu sayang adik.
22. Kakak tolong jagakan adik sekejap, ibu nak basuh pinggan
23. Abg tolong tengok adik sekejap, ibu nak pergi dapur kejap
24. Tepat jam 10 malam kita semua akan masuk tidur okey?
25. Dah jam 10, tutup tv dan tutup lampu semua masuk tidur
Selamat mencuba & semoga bonding dengan anak makin kuat sebab tak ada marah-marah lagi.
Sumber: Mohd Fhais
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.