Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.
Rasa bahagia menyediakan hidangan untuk famili.
Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.
Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.
⇒Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau.
⇒Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200°C selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masak daging goreng kunyit walaupun ia adalah menu simple, namun tidak semua biasa menyediakannya sebagai menu untuk keluarga. Memandangkan jika digoreng lazimnya daging akan terasa liat dan tidak enak dimakan.
Namun jika makan di restoran Thai, tentu sahaja menu ini sering dijadikan pilihan. Maklumlah daging goreng kunyit yang dimasak terasa lembut dan tidak terlalu kering, diakui hidangan tersebut memang enak dan boleh buat makan berselera.
Jadi untuk pastikan daging goreng kunyit yang kita sendiri masak juga mempunyai rasa yang enak dan daging terasa lembut, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dani J Tang.
Daging goreng kunyit cara saya
Bahan-bahan:
Daging hiris ikut suka
kacang panjang hiris
Bawang holland hiris
Cili hiris
Cara Penyediaan:
Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.
Kalau ikutkan banyak jenis tanaman yang boleh kita tanam untuk tujuan digunakan dalam masakan harian. Umpamanya menanam pokok cili, pandan, daun sup, daun bawang, pokok kari, pokok kesum dan banyak lagi kalau ingin disenaraikan.
Senang cakap, jika kita menanam sendiri pokok-pokok ini banyak kebaikannya. Apa tidaknya, setiap kali hendak masak kita hanya perlu petik sahaja di laman, tidak perlu lagi membeli di pasar tani atau sebagainya. Jimat pun jimat!
Pun begitu, andai tinggal di kedaiman yang mempunyai laman pasti boleh sahaja hendak menanam pokok-pokok tersebut. Namun bagaimana pula sekiranya tinggal di rumah seperti apartment, pangsapuri mahu pun kondominium? Bagaimana caranya untuk dapat menanam pokok-pokok tersebut?
Perkongsian pengalaman menanam kesum daripada Cik Pooja ini yang juga mendiami rumah jenis bertingkat, diharapkan dapat memberi idea untuk ibu-ibu yang lainnya turut bercucuk tanam. Jom semak perkongsianya itu.
Ni lah cara cikpooja tanam kesum baldi di balkoni. Cikpooja guna cara atau kaedah ini untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik ye. Cikpooja budak baru belajar (Pada yang sudah pakar, abaikan post ni. Post ni hanya untuk yang baru nak belajar tanam kesum)
InsyaAllah, ikut langkah-langkahnya, bagi baja cukup, maka pokok akan membesar dengan jayanya.
Step 1:
Kita perlukan *pasu berisi tanah(tanah lembap ye) *baldi berisi air(air tu agak-agak tenggelam separuh bontot pasu ye) *keratan pucuk kesum
Nota kaki: Pasu dan baldi kena sepadan (agak-agak pasu boleh masuk dalam baldi la ye)
Ukuran keratan pucuk kesum agak-agak panjang begini
Ini keratan pucuk kesum. Carilah keratan yang agak-agak bila tanam tu ada harapan untuk hidup. Jangan beli yang layud an lembek.
Kemudian buang daun-daun yang pada keratan pucuk tu ye.
Tinggalkan 3,4 helai sahaja di hujung pucuk itu.
Nota kaki: Kalau boleh, cari keratan kesum yang sebiji cam dalam gambar tu ye.
Kalau batang kesum putih-puith gebu tu.Tak payah la tanam, confirm tidak hidup.
Step 2:
Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air. Kemudian cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk buat lubang supaya bila kita cucuk keratan kesum tadi dia tidak patah (kedalaman lubang anggaran 2inci)
Step 3:
Cucuk dan letakkan keratan kesum tadi ke dalam lubang yang dibuat. Tanam kemas-kemas dan bacalah bismillahirrahmanirrahim. Niat dalam hati supaya Allah bagi pokok yang kita tanam tu hidup dengan jayanya(semua tu kan dengan izinnya)
*Okey. Siap dah tanam
Ekstra Tip
1. Masa mula-mula tanam ni letakkan pasu ditempat redup tapi ada cahaya supaya pokok tak kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.
2. Bila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari
3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah. h
4. Bila sudah hidup dengan cantik, bolehlah topup kan air dalam baldi tu dengan larutan bancuhan baja AB (cikpooja topup 2 minggu sekali)
Kenapa air biasa tidak boleh?
Hrmmmmmmmm..bukan tidak boleh. Tapi jangka hayat hidup pokok kesum kemungkinan tak lama sebab kadang-kadang batang dan akarnya akan mati macam tu saja. Tengah hidup subur dengan jayanya, tiba-tiba layu dan mati(mesti masa ni kome rasa down)…itu sebenarnya tidak ada sokongan dan support dari baja sebenarnya(cikpooja cakap berdasarkan pengalaman)
Ni hasil yang cikpooja tanam sudah 3 bulan. Dah banyak kali dok tuai buat laksa la,asam pedas la..Hehehehe..cikpooja sebut je pon..xyah nak kecur liur sgt lah.
*nota kaki: untuk dapatkan hasil pokok-pokok cun macam pokok cikpooja tuh. Cari la baja AB yang dapat membantu pokok tanaman hidup dengan lebih jayanya. Tak mahal pon, ada dijual dipasar-pasar tani atau boleh beli online sahaja. Cikpooja beli online je, satu set baja AB(kering) rm35 je. Nanti kita bancuh sendiri ikut perincian bancuhan yang di ajar.
Tanam pokok apapun mesti kena ada baja.
Bila dah hidup subur, dedahkan pokok kesum pada tempat yang kena cahaya matahari ye. Sebab kesum suka cahaya. Cikpooja letak betul-betul atas bucu balkoni.
Kalau sebut je peria pasti ramai yang membayangkan rasanya yang pahit. Tapi sebenarnya pahit itu ubat.
Nak hilangkan rasa pahit tak susah mana pun. Jom cuba buat Peria Goreng Crispy ni. Simple je tapi memang sedap, crunchy dan pedas-pedas tepung tu membuatkan satu keluarga menyukainya. Jom cuba resipi yang dikongsikan Sheena Supramaniam
Hi semua… apa khabar…
Hari ni sy nk share recipe simple n sedap.
Peria goreng crispy.
Kalau ikut cara yg betul mesti blh dpt crispy2 gitu…
Resepi ada kat caption setiap gambar ye.
#sheenasupraskitchen #theangelskitchen
Cara membuat:
1. Peria katak potong nipis2. Cuci n Rendam dlm air garam selama 20min. Then bilas sekali lg 2. Masukkan garam n kacau sebati 3. 1½ sk s.kunyit
1½ sb s.cili
2sk s.lada putih
1½sb jintan manis tumbuk kasar
Kacau sebati 4. Biarkan selama 30min 5. 2sb t.jagung
2sb t.beras
Kacau sebati 6. Dah ready nk goreng… 7. Minyak kena banyak ye. Set api kecil dan tunggu minyak betul2 panas. Apabila minyak dah betul2 panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar dan boleh mula goreng. Ikut tips baru boleh dapat peria betul2 crispy dan tahan lama.
.
8. Siap… tunggu sejuk baru masukkan dlm bekas kedap udara ye. Rangup sampai ke mlm… Suam2 pun x blh… nnti lemau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik...