Ikmal Amry Syukur Diberi Peluang, Kongsi Detik Selamatkan Isteri Dan Anak Kemalangan.

Share

Ikmal Amry Syukur Diberi Peluang, Kongsi Detik Selamatkan Isteri Dan Anak Kemalangan.

“Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas.”- Ikmal Amry

Umum mengetahui bahawa tiga hari yang lalu pelakon Ikmal Amry telah pun  memohon maaf dan mengakui dirinya merupakan punca berlakunya kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Terbaru menerusi hantaran terbaru di instagram miliknya Ikmal meluahkan rasa kesal atas kejadian tempoh hari. Dia turut memuat naik detik cemas ketika menyelamatkan isteri dan anaknya.

Katanya tidak akan melupakan dalam hidupnya dan akan menjadikan iktibar buar dirinya. Pada masa yang sama jauh di sudut hatinya meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk terus bernafas.

Ikuti coretannya.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lgi maha mengasihani. Pengalaman pahit yg memberi seribu makna dan pengajaran buat diri ini. Tidak akan aku lupakan setiap detik yg terjadi.

Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas.

 Untuk aku berfikir dan sedar atas kekhilafan ini. Tak dapat aku bayangkan ketika detik tersebut berlaku, disaat isteri dan anakku ada bersamaku.

 Aku cuma fikirkan mereka dan yg terlibat selamat sahaja.Terima kasih buat insan2 yg berhati mulia yg menolong aku disaat aku memerlukan tak kira bangsa.

Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian semua. Sekali lagi maaf dari insan yg penuh dengan dosa ini.

Semoga kalian mengambil ikhtibar dan pengajaran atas prilaku yg telah aku lakukan. Aku hanya manusia yang tidak lari dri kesilapan. Kun fayakun !

 

Meninjau di ruangan komen rakan artis dan para peminat menitipkan doa dan bersyukur keluarganya selamat.

 

Sumber: ikmalamry

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club