Ikmal Amry Syukur Diberi Peluang, Kongsi Detik Selamatkan Isteri Dan Anak Kemalangan.
“Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas.”- Ikmal Amry
Umum mengetahui bahawa tiga hari yang lalu pelakon Ikmal Amry telah pun memohon maaf dan mengakui dirinya merupakan punca berlakunya kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru menerusi hantaran terbaru di instagram miliknya Ikmal meluahkan rasa kesal atas kejadian tempoh hari. Dia turut memuat naik detik cemas ketika menyelamatkan isteri dan anaknya.
Katanya tidak akan melupakan dalam hidupnya dan akan menjadikan iktibar buar dirinya. Pada masa yang sama jauh di sudut hatinya meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk terus bernafas.
Ikuti coretannya.
Dengan nama Allah yg maha pemurah lgi maha mengasihani. Pengalaman pahit yg memberi seribu makna dan pengajaran buat diri ini. Tidak akan aku lupakan setiap detik yg terjadi.
Tidak akan aku terima atas tindakan yang aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bagi peluang untuk terus bernafas.
Ads
Untuk aku berfikir dan sedar atas kekhilafan ini. Tak dapat aku bayangkan ketika detik tersebut berlaku, disaat isteri dan anakku ada bersamaku.
Aku cuma fikirkan mereka dan yg terlibat selamat sahaja.Terima kasih buat insan2 yg berhati mulia yg menolong aku disaat aku memerlukan tak kira bangsa.
Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kalian semua. Sekali lagi maaf dari insan yg penuh dengan dosa ini.
Semoga kalian mengambil ikhtibar dan pengajaran atas prilaku yg telah aku lakukan. Aku hanya manusia yang tidak lari dri kesilapan. Kun fayakun !
Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap. Apa disuruh melakukan sesuatu dengan mudah mengikut kata ibu bapa. Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk mendidik anak diera digital serba serba dihujung jari. Tambahan pula, ada ibu yang bekerjaya membantu menambah pendapatan keluarga.
Bagaimana pun, perkongsian seorang ibu di laman facebooknya dengan nama Cikgu Shaini Razali sungguh inspirasi. Caranya mendidik anak penuh kelembutan tetapi tegas. Tiada leteran dan suara menjerit tanda garang.
Bukan mendabik dada, sekadar perkongsian untuk panduan bersama. Ikuti perkongsiannya.
“Saya pelik tengok anak-anak akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…” (Ada yang bertanya)
Sebenarnya, anak-anak jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
BUDAYA KHIDMAT
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak – picit umi n ayah selalu – hidangkan makanan – sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit – sendukkan nasi – ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus – kopekkan buah untuk umi n ayah – buka/tutup pagar dan pintu rumah – pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella – kakak / abang suapkan nasi pada adik – ambilkan barang2 tertinggal – on off suis kipas/lampu – mencari barang2 hilang – mengemas rumah – lap meja lepas makan – cuci pinggan – payungkan umi n ayah – dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…” Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman
GEMBIRAKAN ANAK
Tapi jangan anak-anak aje buat macam-macam untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak. – cium dan peluk selalu – bergurau senda – bercerita kisah anak2 soleh – umi solat berjemaah dengan anak2 – bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2. – mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu. – umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak – ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang. – jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi. – potong kuku anak setiap jumaat – belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik. – lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
PANTANG BESAR – Ibu JANGAN berleter Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata. Benarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata. -satu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat. -benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
✔️Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu. ✔️Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah. ✔️Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ? ✔️Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3 pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita. ✔️Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
P/s Sila komen tanda ukhuwwah. Share jika dirasakan bermanfaat.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mengenali bekas wartawan hiburan, Nas Ahmas yang terkenal dengan segmen ‘Terjah!!’ di sebuah rancangan hiburan satu ketika dahulu.
Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi Nas Ahmad kini berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidap penyakit jantung di laman Twitter miliknya pada Rabu.
Menerusi ciapan tersebut, Fedtri memaklumkan mengenai perkembangan terkini wartawan Terjah!! itu.
“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” kata ciapan tersebut.
Beliau turut mengepilkan sekeping gambar Nas Ahmad berpakaian pesakit hospital yang dilapikkan dengan jaket dan kopiah, memaparkan kuntuman senyumannya.
Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung. pic.twitter.com/LFmHaTPB1l
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan Instagram Nas atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Bin Ahmad, dia telah berkongsi keadaannya pada awal Disember tahun lalu yang memerlukan sokongan tongkat untuk melangkah atas faktor kesihatan.
Perkongsian tersebut sememangnya telah mengejutkan para penonton setia wartawan terbabit tiap kali dia menemu bual selebriti terutamanya di program Melodi.
Mereka telah menitipkan doa supaya Nas Ahmad diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik di masa hadapan.