Penantian empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul buat pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya, pelakon drama Monalisa ini mengumumkan kini sedang hamil anak sulung.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk menunggu sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan namun terpaksa diawalkan selepas ramai yang perasan ‘baby bump’.
“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja. Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’.
“Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan. Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja, kongsinya lagi.
Pekin mual dan mengidam
Mengakui tidak mengalami sebarang alahan sepanjang proses kehamilan, sebaliknya Pekin yang sering mual dan mengidam.
“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu.Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang,ujar Mona lagi.
Cuba kaedah perubatan Islam
Dia turut mendedahkan pernah melakukan kaedah perubatan Islam di Melaka sebagai usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC).
Katanya, selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa, dia mendapat berita gembira.
“Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa. Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club