Kekeluargaan

“Ikhlas Kasih Sayang Menantu Dan Mertua…”, Puteri Sarah Rai Hari Jadi Datuk Yusof Haslam Wargamaya Hiba

Share

Indahnya melihat pelakon Puteri Sarah kekal menjaga silaturahim dan hubungan baik dengan keluarga mentua meskipun sudah berpisah dengan bekas suami iaitu pelakon, pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof.

Baru-baru ini, warga maya tersentuh hati melihat satu perkongsian apabila pelakon, Puteri Sarah menyantuni pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mengenai kejutan sambutan hari jadinya.

Kelihatan sayu diwajah Datuk Yusof Haslam dengan ‘surprised’ hari jadi yang dibuatkan ibu kepada sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 ini.

Dalam pada itu, kelihatan Sarah menghulurkan tangan untuk bersalam, namun seakan menahan sebak, Datuk Yusuf memeluk bekas menantu kesayangannya, bagaikan ayah memeluk anaknya tanda kasih sayang seorang ayah sepanjang masa.

 

@rosfazeera3 Puteri Sarah Liyana our Lady Boss. You are always such a beautiful, kind-hearted person! 🤍😍🥰✨ HBD. DYH! #puterisarahliyana #lumiermalaysia #fyp ♬ original sound – rosfazeera3

Raih sebak dikalangan wargamaya

Perkongsian yang dipaparkan oleh salah seorang staff Puteri Sarah, menerusi laman TikTok milik Rosfazeera3, begitu meruntun jiwa.

“Puteri Sarah Liyana our Lady Boss. You are always such a beautiful, kind-hearted person!”

Menjengah diruangan komen,rata-rata meluahkan rasa kagum dengan sikap Puteri Sarah yang begitu menghormati bekas mertuanya itu. Bahkan turut memberi doa kebahagiaan Sarah.

“Sayangnya Dato’ dekat menantu dia.. kita yang tengok sebak.”

“Dah macam ayah dengan anak sendiri..dah naik sebak aku di buat nya”

“Nampak ikhlas kasih sayang antara Datuk Datin dengan Puteri Sarah.”

“MasyaAllah mulianya hati Datuk. Bekas  menantu rasa anak sendiri. Subhanallah sihat terus Dato aamiin.”

Artikel Berkaitan: “Tengok Puteri Sarah Teringat Cerita Perempuan Itu, Puteri Sarah Memang Seorang Yang Kuat” – Netizen

Kekal Sebagai Kawan, Syamsul Dan Puteri Sarah Capai Kata Sepakat Untuk Berpisah

 

 MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

 

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my