Ikan Siakap Stim Ala Thai, Menu Special Untuk Keluarga!

Share

Menyediakan hidangan keluarga sekali sekala kita teringin juga memasak sesuatu yang istimewa untuk hargai keluarga tercinta.

Contohnya menyediakan hidangan ikan siakap tiga rasa  yang digemari ramai. Namun tidak salah kiranya kali ini mencuba satu lagi menu special berasaskan ikan siakap yang cukup mudah untuk disediakan, iaitu Ikan Siakap Stim ala Thai.

Sebelum itu, ketahui dulu bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Saudari Zurina Zulkefli ini, menu yang terhidang memang nampak menyelerakan!


 

Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai

Bahan yg diperlukan:


✓ Seekor ikan siakap
✓ 2 biji limau nipis
✓ 1 batang serai
✓ 5 hirisan halia
✓ 3 tangkai cili kecik merah
✓ 3 tangkai cili kecik hijau
✓ 5 ulas bawang putih
✓ 1 batang daun ketumbar
✓ Setengah kiub pati ayam
✓ Sos ikan

Cara kukus ikan:
✓ Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya


✓ Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan


✓ Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir

✓ Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai:
✓ Cincang bawang putih secara kasar


✓ Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim

✓ Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

✓ Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.

✓ Kacau kuah sehingga sebati.

Langkah terakhir:
✓ Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.

✓ Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.


✓ Sedia dihidang.

sumber : Zurina Zulkefli via MAHN