
Bagi yang nakkan kelainan, tetapi resepi enak dan berkhasiat, jom cuba resipi Ikan Siakap Masak Kengsom ni.
Bagi yangbaru nak mencubanya, pasti akan menggemarinya. Malah resipi ini sangat bagus dan patut dicuba terutamanya kepada mereka yang mahu berdiet.
IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
1/2 biji nenas
Kangkung
2 batang serai – ketuk
1 biji limau nipis
Garam
Gula
.
Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar – sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup
.
Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
3.Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
4.Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
5.Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.
*** resepi asal dari blog azie kitchen. TQ
Mudahnya Nak Hilangkan Jeragat, Guna 2 Bahan Dari Dapur Yang Murah Jer. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Yang Penting Kena Konsisten!

Wanita mana yang tak nak kulit wajah yang cantik, mulus tanpa sebarang cela kan. Namun, adakalanya penggunaan sesebuah produk boleh menjadi penyebab kepada berlakunya masalah kulit.
Selain jerawat, jeragat adalah satu masalah yang memeningkan kepala kaum wanita. Lagi lagi masalah satu ini cukup ditutupi kecuali dengan foundation atau concealer yang tebal. tapi takkan setiap masa nak pakai foundation kan. Justeru, kena ada alternatif bagi menghilangkan masalah jeragat ini.
Perkongsian dari saudari Fyza Shah menerusi laman facebooknya mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini. Malah, bahan yang digunakan cukup mudah, murah dan terdapat di dapur anda sahaja.
Selamat mencuba!
Mau tak risau bila jeragat,bintik hitam mula bertampung atas muka. Bintik hitam tak bahaya tapi buat diri kita jadi kurang menarik. Jangankan diri sendiri mula rimas pandang muka sendiri kat cermin bila dah jadi begini, nak bertentang mata dengan orang ramai pun mula tak yakin.
Bintik hitam atau jeragat ni biasanya terjadi bila kita terlalu lama atau kerap sangat biarkan kulit dimamah pancaran matahari. Lagi dibiar, lagi banyak yang naik. Itu lagi buat kita geramkan.
Kali ni kak Fyza cuma guna dua bahan mudah dari dapur, #lemon dan #kentang.
Kentang ni punya sejenis enzim unik , #catecholase untuk rangsang kulit jadi sihat dengan cara mengurangkan perubahan warna kulit kita dari menjadi gelap.
Vitamin A, B, C & E dalam kentang akan melambatkan penuaan pada wajah, so bintik-bintik penuaan dan pigmentasi juga dapat dielakkan.
Kentang ni bahan berkanji yang sifatnya mencerah kulit, melawan proses cepat tua dari usia, menambah kilauan kulit lebih cantik natural. Hebat ciptaan Tuhan kan.
Lemon pula sifatnya asalnya memang cerahkan kulit secara berganda, antioksida yang bagus. Vitamin C dalam lemon memang tinggi, menghenti penghasilan melanin, menutup pori, melawan kuman jerawat , jerawat juga lebih cepat kering dan pudarkan parut-parut degil jerawat.
Bila dua jenis bahan alami hebat ini digabungkan, dan keduanya bersifat mencerah dengan selamat tanpa rasa pedih teruk dan menggelupas, bintik hitam, jeragat, parut jerawat akan lebih mudah menghilang.
Yang penting kena guna konsisten setiap hari, dan wajib tahu cara jaga kulit sendiri selepas itu. Baru kulit dirawat, dilindungi, dikekalkan akhirnya capailah misi kulit sihat.
Bahan-bahan
1 biji ubi kentang
1 biji lemon
Cara membuat:
Potong dadu atau kecil-kecil kentang. Buang kulit. Kau tak buang, makin kelabu muka. Akak tak ajar tau bab tu.
Rebus sekejap ja. Tak mahu rebus pun boleh, tapi kau mampu ke nak lenyek ubi fresh keras -keras tu. Akak kalah, baik rebus kasi empuk sikit.
Sambil tu kau perah lemon sebiji tau. Perah bukan gigit.
Masukkan ubi kentang rebus tadi dalam pengisar, bukan masuk ke mulut pastu telan.
Tuangkan jus lemon,tak perlu campur air. Kita nak 100% zat dari bahan alami ni.
Kisar sampai gebu gini.
Yummyyy, kau jangan telan. Aku suruh pakai kat muka . Resepi masakan kau tunggu petang-petang. Ni kasi muka kau kenyang dulu dengan vitamin. Kata nak lawa sepanjang zaman. Akak kau memang lawa camni dah.
Fuhhhh, syok. Bau lemon yang segar, bau ubi kentang yang lemak. Hahaha! Pakai dalam 20 minit, bilas dengan air paip biasa. Lepas tu kau nampak cerahhh ja muka. Lepas tu kau buat lagi esokan hari. Buat hari-hari kalau nak cepat kawasan bintik hitam atau jeragat tu hilang. Hilang semua kusam kusam tu.
Pes kentang dan lemon siap untuk dipakai. Nyah segala bintik hitam, kusam, parut jerawat, jeragat.
Bantu kawan atau mak kita yang ada masalah jeragat, bintik hitam ini. Terus #Set_See_First Fyza Shah untuk tips kecantikan, resepi masakan dan sharing bermanfaat dari saya.
Roti Tak Menjadi! Ini Tip Kena Ambil Tahu Sebelum Nak Mula Uli Doh

Roti tak menjadi! ini tip kena ambil tahu sebelum nak mula uli doh. Sudah bermacam jenis resipi roti yang sudah dicuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku.
Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku?
BERIKUT 15 FAKTOR MENGAPA ROTI YANG DIBUAT TIDAK MENJADI:
1. DOH TAK KEMBANG: Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif. Air panas pula akan mematikan yis.

2. ROTI ‘PUCAT‘: Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata.
3. ROTI MEREKAH: Suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’: Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK: Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH: Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.

7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK: Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL: Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT: Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR: Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.

11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP: Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR: Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’: Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.

14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS: Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM: Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Sumber: RASA
Kredit foto (top image): Pexels
Basikal Lama Sebagai Penyeri Laman. Buatnya Simple & Cantik Sangat!

Mencipta gaya di laman rumah apabila digayakan bersama basikal lama, juga mampu memberi tarikannya yang tersendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Adha Arffain. Basikal lama dicat semula dan disaratkan dengan pokok bunga petunia yang merimbun. Nyata nampak begitu memukau.
Untuk anda yang ingin menghias taman rumah, apa kata kita baca perkongsian daripadanya.
DIY BICYCLE PLANTER
Basikal buruk kat rumah jangan buang ye, boleh DIY untuk jadikan hiasan kat laman rumah.
Kat sini saya kongsi kan sedikit deco laman tepi rumah saya guna basikal jepun terpakai.
Saya beli basikal tu RM 100 kat kawan sebab dia dah tak pakai dan beli spray warna putih 5 tin.
Jadi saya just spray warna putih semua, dan tak perlu lah spray perfect sangat pon, asal sedap mata memandang je. Hias dengan bunga-bunga sikit then siap.
Sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanafaat.
sumber : Adha Arffain via Tukang Apa Hari Ini