Uniknya tentang Malaysia ni, salah satunya terletak pada makanan. Lain negeri, cara penyediaan makanannya berbeza. Bukan sahaja cara, kadang nama pula berbeza tapi makanannya sama. Haaa gitu!

Misalnya cara penyediaan menu ikan rebus goreng ni dibuat ala-ala selera orang pantai timur. Yang pernah makan, mesti dapat membayangkan kelazatan rasanya, kan? Jadi, yang nak rasa atau cuba tu boleh ikut step kat bawah ni. Mudah je tau perkongsian dari rakan kita di Facebook Aisyah Humaira.

Ikan Rebus Goreng ‘Style’ Pantai Timur, Biarkan Semalaman Baru ‘Kick’ Rasanya!

Resepi Ikan Rebus Goreng Pantai Timur Style!

Ikan Rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yg tak boleh makan kering2 takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat. Resipi:

Ads

Bahan-bahannya :-

7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping – beli di sini
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai – beli di sini
1 inci nisan (gula melaka) – beli di sini
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya

Cara-caranya :-

Ads

– Masukkan ikan dan semu bahan kedalam periuk dan tuang air. Sukatan air , tenggelam Separuh dari ikan. Tutup periuk dan Reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.

Ikan Rebus Goreng ‘Style’ Pantai Timur, Biarkan Semalaman Baru ‘Kick’ Rasanya!

– Biarkan semalam didalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng. Atau boleh juga terus digoreng. Dalam minyak yg sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera. Siap dihidang.

Ads

Ikan Rebus Goreng ‘Style’ Pantai Timur, Biarkan Semalaman Baru ‘Kick’ Rasanya!

Ikan Rebus Goreng ‘Style’ Pantai Timur, Biarkan Semalaman Baru ‘Kick’ Rasanya! Ikan Rebus Goreng ‘Style’ Pantai Timur, Biarkan Semalaman Baru ‘Kick’ Rasanya!

Sumber : Aisyah Humaira

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI