Ikan Peliharaan Pula Mati, Gara-gara Anak Tetamu Beri Makanan Ikan Sebalang Dalam Kolam!

Share

Merai Syawal bagi kita umumnya akan disambut sebulan lamanya, dan tidak hairanlah sehingga hari ini kita masih lagi dalam mood berhari raya dan boleh dikatakan setiap hujung  minggu pasti ada undangan open house di sana sini.

Sebut saja rumah terbuka semua orang tahu, hatta kanak-kanak pun mudah memahaminya dan suka melakukan aktiviti ziarah tersebut. Pun begitu, dalam seronok berkunjung-kunjungan jangan dilupa adab-adab yang perlu difahami oleh tetamu dan tuan rumah. Ini perlu dipelajari agar tuan rumah selesa menerima tetamu dan tetamu pula seronok diraikan oleh tuan rumah.

Jangan pula sampai terjadi sesuatu perkara yang boleh mengundang rasa tidak puas hati atau marah di kedua-dua belah pihak seperti mana berlakunya beberapa kes viral sebelum ini. Dan ini pula perkongsian Aman Mokhtar.

Lagi Kes Bila Anak-anak Beraya  

Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah..dua2 pasal kes dtng beraya bawa anak2 yg hyperactive tp tak pantau. And now 1 of my friend on IG ikan2 dlm kolam dia banyak mati sbb kes yg sama, bawa anak dtng beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan x makan n effect kat air kolam….esok nya 20 ekor semua terapung mati.

Peringatan Bersama

Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi Jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.

ikan2 kolam ni bukan murah nk beli. Last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. jgn nnti menyusahkn orng lain..ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.

“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!

sumber : Aman Mokhtar

Diharapkan perkongsian ini bukan untuk menuding siapa yang salah. Cuma diharapkan sama ada tetamu mahu pun tuan rumah, kita ada adab yang perlu dipatuhi dalam amalan kunjung berkunjung ini.

Di sini dikongsikan bersama video Ustaz Azhar Idrus tentang Adab Bertandang Ke Rumah Orang, semoga memberi manfaat bersama.

Antara tip untuk tuan rumah & tetamu adalah seperti :-

  1. Memberi salam
  2. Bila tuan rumah menjemput masuk, barulah tetamu masuk ke rumah.
  3. Tuan rumah perlu merai tetamu dengan menjamu sekurang-kurangnya air.
  4. Tetamu jangan makan habis makanan yang dihidang tuan rumah.
  5. Jangan terlalu lama berkunjung di rumah orang.