Tak lengkap hidangan makan tengahari keluarga jika tidak disertakan dengan sepinggan ikan masin pembangkit selera. Memang bangkit rasanya jika dimakan ketika panas. Pun begitu ikan masin yang hancur dek terlalu lembut buat kita
sukar untuk menggorengnya.
Sudahnya ikan hancur dan tidak sempurna apabila dihidangkan. Tahu tak sebenarnya ada cara untuk mengekalkan rupa dan bentuk ikan sempurna ketika digoreng. Ada baiknya kita cuba petua tradisi yang dikongsikan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Mudah sangat!
Petua 1
BAHAN-BAHAN:
Ikan gelama masin
Tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor.
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Petua 2
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin
CARA MEMBUATNYA:
1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Elakkan merendam ikan masin.
3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Mudah kan? Jom cuba!