
Tak lengkap hidangan makan tengahari keluarga jika tidak disertakan dengan sepinggan ikan masin pembangkit selera. Memang bangkit rasanya jika dimakan ketika panas. Pun begitu ikan masin yang hancur dek terlalu lembut buat kita
sukar untuk menggorengnya.
Sudahnya ikan hancur dan tidak sempurna apabila dihidangkan. Tahu tak sebenarnya ada cara untuk mengekalkan rupa dan bentuk ikan sempurna ketika digoreng. Ada baiknya kita cuba petua tradisi yang dikongsikan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Mudah sangat!
Petua 1
BAHAN-BAHAN:
Ikan gelama masin
Tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor.
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Petua 2
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin
CARA MEMBUATNYA:
1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Elakkan merendam ikan masin.
3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Mudah kan? Jom cuba!
Ayam Beku Lagi Cepat Dicairkan Bila Guna Defrost Tray!

Kalau tiba-tiba terasa teringin hendak masak ayam atau daging yang sedia ada di dalam peti sejuk mesti leceh jadinya bukan? Maklumlah, terpaksa menunggu lama untuk dinyah bekukan sebelum boleh dimasak.
Bahkan hingga ada yang tidak sabar, segera pula dicurahkan air panas atau pun paling tidak terpaksa direndam untuk satu tempoh yang panjang.
Pun begitu, mungkin belum ramai yang tahu tentang satu perkakasan ini yang berfungsi mempercepatkan proses nyahbeku dilakukan
Ia berupa tray yang cukup ringan namum berfungsi sangat efektif dan memudahkan ibu-ibu yang hendak memasak hidangan tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk ayam atau daging lembut setelah di keluarkan daripada leti sejuk.
Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian daripada puan Huda Zainal ini. Jom baca.
Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serious memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.
Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah.
Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.
Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.
Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.
Ni masa beku. Bonda letak dalampinggan rectangle nak avoid air ayam meleleh bila dah cair nanti.
Selepas 40 minit. Letak sebelum solat asar, dah siap solat dan mengaji. Tengok dah elok jadi macam ni.
Bonda tutup dengan tudung saji masa ni. Tak mau lah lalat datang menghurung.
Kat shopee kalian boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda alah ni harga dia RM12 je. Tadi tengok semua atas RM20. Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan.
Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.
Boleh juga shopping produk di sini.
Sumber : Huda Zainal
Resipi Spicy Salted Egg Cornflakes, Kudapan Dengan Gabungan Rasa Rangup Berlemak Masin Juga Pedas. Ringkas Tapi Sedap. Begini Cara Buatnya!

Jom buat w Anak-anak pasti suka ni, bukan itu sahaja bila dihidangkan di atas meja kejap je dah habis. Nak tahu cara-caranya jom semak di bawah.
Resipi ini dkongsikan oleh Ainie Syeema .Selamat mencuba!
Sempena meraikan kemerdekaan 44 hari habis berpantang bersalin, maka terhasil lah Spicy Salted Egg Cornflakes yang boleh membuatkan ketagihan. Gabungan rasa rangup berlemak masin Salted Egg, juga ada pedas sikit di hujung hujung lidah.
Sekarang dah jadi macam trend pula Salted Egg ni. Segala tok nenek nak letak Salted Egg. Macam Cheese la jugak. Lepas tu boleh jual harga Yahudi mabuk. Haha. Tapi sekarang dah tak boleh guna ayat tu dah, sebab Saiful Nang kata Yahudi ni baik sebenarnya dan cintakan keamanan.
Resepi ni sap sap soi je. Sementara baby tidur, Mak boleh lari kejap pergi dapur. Satu satu nya juadah yang akan dibawa pulang ke kampung raya ini. Sebab ini yang paling senang pun. Haha.
Bahan bahan dan step di gambar. Selamat mencuba. Dan Selamat Hari Raya. Mak dah tak sabar nak kumpul duit raya Aydan Yaaqub. Yang jauh tu kalau nak bagi, jangan risau boleh bank in.
Bahan Bahan :
1. Butter 150gram. Tak kisah brand apa pun. Pure butter ataupun kacukan. Marjerin je tak digalakkan. Sebab nanti masin.
2. Cornflakes 500gram. Ni beli yang timbang je kat kedai bakery. Nak nampak kaya sikit, guna brand Kellogg’s / Nestle.
3. Salted Egg Powder. 100gram. Beli ni kat Shopee. Kalau takde, gantikan dengan 10 biji telur masin. Ambil kuning saja, steam kan sekejap, lepas tu hancur kan guna garfu.
4. Cili Kering 15 – 20 nos
5. Cili Api – 5 nos
6. Daun Kari – segenggam
Cara membuat:
1. Mulakan dengan butter. Masukkan dalam kuali. Guna non stick pan lagi senang. Kacau sampai cair sepenuhnya.
2. Masukkan cili kering, cili api, dan daun kari. Kacau lagi.
3. Masukkan Salted Egg Powder. Yang ni brand Golden. RM 7.50 / 100gram. Beli di Shopee. Kat kedai bakery pun ada jual. Di pasaraya, Brand Knorr pun ada. Tapi kalau takde sangat, guna telur masin betul.
4. Kacau sebati serasi bersama. Api perlahan je.
5. Masukkan cornflakes.
6. Kacau sehingga betul betul sebati. Lenguh juga tangan nak mengacau. Harap hilang lah sikit lemak di perut ni duduk depan dapur lama lama.
7. Pastikan perisa tu kena pada semua cornflakes. Kalau tak sebati, mana yang banyak perisa tu memang masin. Terkemut kemut muka nak menelan. Kang cepat je dapat darah tinggi.
8. Letakkan dalam loyang, bakar sekejap dalam oven. Suhu 160c selama 8 minit. Untuk keringkan dan jadikan ianya lebih rangup. Kalau takde oven, boleh abaikan. Masih juga rangup. Cuma dia ada basah basah sikit.
Sejukkan pada suhu bilik. Jangan tala depan kipas. Nanti lemau pula. Kemudian, boleh lah ambil gambar cantik cantik, upload di media sosial demi sesuap likes.
Gabungan rasa rangup berlemak masin Salted Egg, juga ada pedas sikit di hujung hujung lidah.Selamat mencuba! Silakan share jika terpengaruh walaupun buat belum tentu bila. Haha.
#sharingbyainiesyeema
Bakingroom by Ainie Syeema
Resepi Blueberry Oat Pancake, Breakfast Mudah Dan Pantas

Pagi-pagi rushing nak pergi kerja sampai tak sempat nak breakfast? Penat fikir idea untuk breakfast yang cepat?
Sebenarnya ada banyak je resepi breakfast yang mudah dan cepat. Nak atau taknak buat je, betul tak?
Jom kita cuba resepi blueberry oat pancake. Bancuhan dia boleh prepare malam sebelum pergi kerja. Boleh simpan dalam peti sejuk.
Pagi sebelum ke kerja, tinggal nak masak je. Kalau tak sempat nak makan sekali pun, at least boleh bawa ke tempat kerja.
Jom tengok resepi di bawah yang dikongsikan oleh Kakak Faa di Cookpad.
RESEPI BREAKFAST MUDAH DAN PANTAS
BAHAN UTAMA:
-1 cawan oat mix (campuran oat, kekacang, kelapa dan buah kering)
-1 cawan susu segar
-1 sudu besar cuka
-1/2 cawan blueberry (boleh ganti dengan pilihan buah berry lain)
-Mentega yang dicairkan, anggaran 2 sudu besar
-1 sudu besar mentega (sejuk)
-1 cawan madu
BAHAN KERING:
-1/2 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar baking powder
-1/2 sudu kecil baking soda
-1/2 sudu kecil garam halus
-1/2 sudu kecil cinnamon powder
BAHAN BASAH:
-2 biji telur (saiz B/C)
-1 sudu besar minyak masak
-1 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula buat buttermilk. Gaul susu segar dan cuka dan peram 1 jam. Kemudian gaul oat mix dengan buttermilk. Biarkan dalam 15 minit.
2. Kemudian gaul bahan basah sehingga gula larut dan letak tepi.
3. Gabungkan semua bahan kering. Gaul sebati sampai tak berketul.
4. Masukkan adunan bahan basah kedalam adunan oat. Kacau hingga sebati.
5. Tambah adunan kering, kacau sedikit, tambah blueberry. Gaul balik hingga sebati. Jangan kacau terlalu kuat dan terlalu lama, nanti pancake tak gebu dan liat macam gummy. Cukup nak ratakan dia je.
6. Panaskan sedikit minyak dalam non stick pan. Letak adunan pancake 3 sudu besar dengan api yang kecil sahaja. Biar sehingga keliling pancake keluar bubbles. Terbalikkan pancake. Biar beberapa minit dan angkat. Ulang sehingga adunan pancake habis.
7. Siap dan hidangkan panas panas dengan hirisan butter dan madu/maple syrup.
MESTI BACA: Kerabu Ayam Sedap Untuk Ratah, Wajib Cuba Resepi Ini
Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
Buat Sendiri Di Rumah,Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Confirm Jadi!
SUMBER: Cookpad Kakak Faa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my