Ikan & Makanan Melekat Pada Kuali Ketika Di Goreng, Ibu Boleh Cuba 5 Petua Ini, Makanan Digoreng Pun Makin Sedap!

Share

Tak dinafikan ketika kita menggoreng ikan atau makanan lain, ikan cenderung untuk melekat di kuali dan buat ikan digoreng tidak cantik. Sebenarnya ada sebab dan faktornya yang membuatkan ikan melekat pada kuali.

Salah satu penyebabnya adalah minyak tidak cukup panas atau juga menggunakan kuali yang baru dimasak dengan makanan lain. Dua faktor ini mengundang ikan jadi melekat pada kuali. Jika melekat, cepat-cepat lakukan petua ini atau bersedia lebih awal. Selamat mencuba.

Petua 1

Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

Petua 2

Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

Petua 3

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

Petua 4

Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.

Petua 5

Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.