Menikmati kerangupan ikan keli yang digoreng pastinya memberi kenikmatan rasa untuk dinikmati. Pun begitu pernah juga terjadi, bila mana ikan keli yang dimakan mempunyai bau dan rasa hanyir sekali gus memberikan rasa yang kurang enak.
Tahukah anda, hal ini terjadi kerana kita tidak membersihkan perut ikan sebaik mungkin bahkan dikatakan ada satu objek utama yang perlu dikeluarkan dari perut ikan keli bagi memastikan ikan yang dimasak tidak hanyir.
Nak tahu caranya ini seperti yang dikongsikan oleh Arbi Mohd Arbi di mana ada dikongsikan cara dan tip untuk menyiang dan membersihkan ikan ini supaya tidak berbau dan enak dimakan. Ini perkongsiannya.
Langkah 1 :
Ini ikan keli yang telah dipotong dan dibuang isi perutnya. Namun ada bahagian bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh.
Yang paling penting kawasan insang..Darah dibawah tulang Dalam perut. Dan jika diamati…Ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut…tarik ianya keluar.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Wang Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM 109,000 Lesap Disamun Penjenayah. Ni Kronologinya!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Sebulan Pengambaran Di Langkawi, Alif Bawa Sekali Isteri & Anak Menetap Di Sana. Raih Pujian!
Langkah 2 : Kelenjar Bahagian Tepi Sengat
Kelenjar yang terletak disebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada ikan keli. Hanya picit keluar kedua duanya. Kiri Dan kanan.
Bila sudah diyakini bersih….kita pergi ke proses seterusnya…
Langkah 3 : Rendam Ikan 3 Minit
Proses pengalihan bau hanyir. Boleh gunakan.Sebarang jenis adik beradik buah Citrus dan Asam Jawa.
Penggunaan tepung bukanlah untuk menghilangkan hanyir ikan…tetapi untuk membuang lendir pada ikan tersebut.
Rendam ikan tersebut lebih kurang 10min sebelum dibilas bersih. Ianya sedia untuk dimasak.
Ekstra info : Haruslah bijak memilih peneman ikan keli dalam masakan untuk momotong rasa yang terkandung dalam isi ikan.
Cadangan
Belimbing buluh.
Asam gelugur.
Sumber : Arbi Mohd Arbi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club