Ikan segar antara bahan basah yang wajib ada dalam peti sejuk. Selalunya selepas membersihkan ikan, kita akan menyimpannya di dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Masalah yang sering berlaku ialah apabila salah cara simpan dalam freezer, ikan yang segar jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ada tip yang boleh dipraktikkan.
Boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Normah Bahari
ini.Cara betul simpan ikan dalam freezer:
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Sumber: Normah Bahari