
Isi Kandungan
ToggleIkan segar antara bahan basah yang wajib ada dalam peti sejuk. Selalunya selepas membersihkan ikan, kita akan menyimpannya di dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Ikan Kekal Segar Macam Baru Beli Di Pasar
Masalah yang sering berlaku ialah apabila salah cara simpan dalam freezer, ikan yang segar jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ada tip yang boleh dipraktikkan.
Boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Normah Bahari ini.
Begini Cara Simpan Dalam Freezer
Cara betul simpan ikan dalam freezer:
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Sumber: Normah Bahari
Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!

Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!
Hari Raya Aidil Adha ini tentu menjadi antara kenangan terindah disebabkan kita dapat berkumpul dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain dalam suasana yang meriah. Lantaran itu tidak lengkap pula rasanya jika tidak dijamu dengan menu yang istimewa.
Jadi apa kata agihan daging korban yang diterima, anda sediakan menu Mee Champa yang kuahnya enak dirasa. Ini seperti yang dikongsikan oleh tahrunnisah Jali untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara-caranya
- Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
- Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
- Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
- rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
Mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedapnya Makan Udang Galah & Sebelum Tu, Ni Cara Menyiang Udang Kalau Ada Yang Tak Tahu!

Sebut sahaja anak-anak teringin hendak makan udang yang dimasak goreng, mahu pun dimasak gulai atau tumis sambal, pasti sahaja kita sudah membayangkan betapa rasa puas dihati sekiranya bila pergi ke pasar dapat membeli udang-udang yang besar.
Pun begitu, tidak semua antara kita mahir dalam menyiang udang. Apatah lagi udang-udang tersebut mempunyai penyepit yang panjang dan keras. Oleh itu, jom kita ketahui bagaimana cara mudah untuk membersihkan udang sebagaimana yang dikongsikan oleh Syahr Musafir.
Ini perkongsiannya:
Pagi ini pergi pasar tani saya beli udang galah. Ada orang tak reti siang ikan, jadi saya rasa pasti ada orang yang tak tahu siang udang galah sebab cara siang udang galah ini lebih komplikated dan leceh berbanding cara siang ikan. So saya share…
Boleh guna pisau atau gunting, saya lebih suka guna gunting.
1. Saya mulakan dengan memotong bahagian mata, optional. Saya potong mata sebab saya rasa ‘serba salah’ udang galah ni macam perhatikan saya tengah potong-potong dia.
2. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.
3. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.
4. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.
5. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.
6. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam.
Settle bahagian kepala.
7. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.
8. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.
9. Bilas dan alirkan air. Sebab kita dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.
Siap!
Alang-alang kita sudah mahir membersihkan udang galah dengan teknik yang ditunjukkan oleh Syahr Musafir . Apa kata kita sediakan pula menu spesial berasaskan udang untuk dinikmati bersama keluarga. Resipi Udang khamped (siam mari) yang dikongsikan oleh Ida Zairi di page MAHN , menarik untuk dicuba.
Menurutnya, “menu ini selalu makan kat kedai siam suka sangat rasa dia..Nak makan selalu mahal sangat saya try olah resipi sendiri..Alhamdulillah lagi sedap dari kedai..”
Ini resipinya:
Resepi udang khamped
1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam kunyitkan dan goreng sekejap
Bahan blend halus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
Bahan perasa
Garam
Gula
Gula merah
Bahan hiasan
Daun limau purut
Cara-cara
Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan-bahan blend hingga naik bau, masukkan cili kisar masak sampai pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili dan sos ikan masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air. Masuk udang gaul-gaul hingga sebati. Perasakan
sumber : Syahr Musafir
Peniaga Ini Kongsi Resipi Cara Buat Kuey Teow Basah Jadi Lebih Sedap. Rupanya Kena Guna Petua Ni!

Sebut pasal Kuey Teow ni, sebenarnya ada pelbagai jenis menu boleh dihasilkan dengan menggunakan keow teow. Antaranya Kuey Teow goreng basah.
Nak buat hidangan ni nampak aje senang, tapi rasanya tak macam di kedai. Bagi yang nak masak ala kedai, ikuti perkongsian peniaga ini memang sedap!
Kue Teaw Goreng Basah By Yayar
Bahan dan cara penyediaan:
- Satu paket kue teaw 1kg. Tumis bawang putih 6 ulas yg ditumbuk. Masukkan cili kering satu senduk kecil.
2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap pekat dan stok ayam. sukatan smua 3 sudu besar.
3. Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan udang dan sotong. perasakan dengan gula dan sdikit garam. Garam tu jangan letak dulu sebab smua ada garam sendiri dah.
4. Masukkan kueteaw serta sayur(tauge dan kuncai). kacau dan pecahkan telor.
renehkan kejap dan siapppp.
Rahsianya nak jadi lebih sedap: Tak perlu masukan air, nanti hancur kue teaw. Campuran daripada sos-sos tadi dan air daripada ayam, sotong dan udang sebagai penganti air.
Wow sedapnya!
Sumber: Yayar B. Awang Noh