Menikmati keenakan rasa ikan yang digoreng garing apabila dimakan bersama nasi dan sambal belacan sudah cukup membuatkan seisi keluarga makan berselera.
Pun begitu, mengetahui detail tentang tips menyediakan gorengan yang sempurna, di sini dikongsikan petuanya.
Tips ikan goreng garing krup krap
Ehhh, jangan pandang sebelah mata pada ikan goreng tau. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak tu. Nak kena ada skill yang power baru menjadi.
Dan as surirumah, kita wajib hokeh ada skill ni. So here we go. Ikan goreng rangup sampai malam. Gittew
1. Panaskan minyak yang banyak.
2. Masukkan bawang merah dengan kulit atau asam keping tujuan supaya ikan tak melekat di kuali. Setelah bawang separuh masak barulah dimasukkan ikan.
3. Kuatkan api di permulaan supaya kulit ikan menjadi garing, kemudian baru diperlahankan sedikit sehingga ikan masak.
4. Jangan cuba nak balik balikkan ikan selagi ianya belum garing.
5. Setelah bahagian ikan yang terendam garing, atau tiada lagi bunyi mendesah (ssshhh) baru boleh dibalikkan.
6. Kalau gunakan kuali kecil, goreng ikan satu persatu sebab nak balikkan ikan tu perlukan ruang.
7. Tanda-tanda ikan dah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak.
8. Tos sehingga kering dengan menggunakan tisu dapur.
9. Jangan ditindih ikan ketika ikan masih panas supaya ikan dapat ditos dengan sempurna.
Sumber : Resipi Viral Sedap