Idea Unik, Ibu Ni Siap Lukis Tangan Atas Pintu Untuk Cantikkan Rumah. Memang Nampak Wow!

Share

Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan, begitu juga bagi wanita ini dalam mencipta gaya dekorasi dikediamannya. Apa yang lebih menarik, semua itu dihasilkan sendiri olehnya. Sekali gus memberi gaya dekorasi kediaman buat keluarga ini lebih unik dan menarik.

Untuk itu, ayuh kita dekati wanita ini yang dikenali sebagai Puan Noorliza Abu Bakar.

——————————————————————————————————

Ini adalah hasil kerjatangan saya dari A hingga Z..buat special untuk decoration rumah saya sahaja tidak untuk berniaga..buat dalam rumah je tak ada bengkel atau workshop..lepas memotong kayu vakum terus.

Saya suka perabut yang nampak buruk (rustik) tapi baru..saya hasilkan sendiri dengan kebolehan saya..saya ubah warna asal pinewood jadi seperti ini…

Suami hanya bantu menggantungkannya bersama pembantunya. Mungkin ada yang tak tahu nama pintu ni..inilah BARN DOOR sesuai untuk laluan perantaraan ruang yang tidak berpintu. Dan ini ialah pintu untuk bilik persalinan / pakaian bilik saya.

Sebenarnya idea ini datang sebab pernah tengok dalam cerita klasik Inggeris dan saya bertanya suami nama pintu ni…sebab suami saya bekerja banyak berurusan dengan Interior Designer.

Buat kerana minat 

Jangka masa dalam sebulan sebab saya sibuk menjahit dan melukis. Ikutkan betul-betul bagi tumpuan seminggu boleh siap.

Bila ditanya tentang kos, jujur saya katakan saya tak berapa pasti. Ini memandangkan saya menggunakan kayu yang telah diguna pakai. Saya bersihkan dan ketam balik. Kemudian  saya lukis mengikut kreativiti sendiri. Bab melukis ini, bolehlah untuk diri sendiri dan bukannya saya lakukan sepenuh masa sekadar mengisi masa yang terluang.

Setiap kali hasil seni saya siap sepenuhnya, suami sukakannya.  Malah dia sendiri tidak menyangka saya boleh buat pintu macam ni. Anak-anak pun seronok tengok saya bertukang.

Di sini turut dikongsikan beberapa lagi hasil kerja tanggannya untuk memberi idea dan inspirasi kepada wanita yang lain dalam menghasilkan sendiri lukisan untuk mencantikkan kediaman.

sumber : Noorlizah Abu Bakar Adnimhmhi via Kami Suka Deko Deko