Berpantang selepas bersalin perlu untuk memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan baik selain untuk memulihkan tenaga ibu ketika proses kelahiran dan sepanjang mengandung.
Justeru itu, dari aspek pemakanan, ibu memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk memastikan tahap kesihatan kembali optimum selain untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Pantang orang dulu-dulu, mungkin berbeza dengan ibu sekarang berpantang. Jika dulu, minum air kena catu, makan hanya ikan bakar, ikan kering dan diletakkan lada hitam je. Bagaimanapun, mengikut saranan doktor, pemakanan ibu perlu ikut Piramid Makanan.
Lagi satu, dulu masa berpantang mak boleh jaga. Sekarang kebanyakannya memilih untuk berpantang di rumah sendiri atas beberapa faktor seperti anak sekolah dan sebagainya. Jadi nak tak nak, ibu perlu berdikari dan perlu ada perancangan untuk sediakan tukang urut serta makanan pantang.
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, idea lauk berpantang frozen yang dikongsikan oleh Khalidah Alhusna Kamilen mungkin boleh membantu. Suami pun boleh tolong panaskan.
Makanan pantang frozen style. Untuk mudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah & anak-anak bila mummy berpantang. Kisahnya terjadi, sebab tiba-tiba orang yang kita nak order makanan pantang tu tak jadi ambil order last minute.
Nak tak nak, walaupun tunggu hari, heret juga perut ke dapur. Boleh lah lauk untuk 34 hari. Syukur. Alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang.
Dari sudut positifnya, alhamdulillah kita tahu sumber makanan yang kita masak tu sedap kena citarasa lah gitu.
– Sup lobak putih dan merah.
– Sup ayam bahagian dada sahaja
– Tenggiri masak singgang kuning. Selambak kunyit bawang putih, halia. Suka nak gigit-gigit nanti.
– Daging blackpepper & daging goreng kunyit hidup. Menu minggu ke 3 atau ke 4 nanti.
Awal-awal makan lembut lembut, lauk ikan dulu. Nanti suami just panaskan atas kuali untuk lebih sihat. Saya tak prefer microwave.
Yang ni sahaja pilih bahagian tight je. Nanti cik abang masuklah dalam airfryer. Settle!
Kan senang bila dah siap-siap macam ni. Nak makan cuma keluarkan dulu lauk tu bagi hilang beku, lepas tu bolehlah dipanaskan.
Kredit: Facebook Khalidah Alhusna Kamilen
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club