Bila bercakap tentang sambal yang terkenal di Indonesia ini pastinya sinonim dengan sambal geprek atau penyet. Perbezaan antara dua sambal ini adalah sambal penyet perlu masak dua kali atas api tetapi sambal geprek tak perlu dimasak, sama macam sambal gepuk.
Menurut perkongsian daripada Juwita Afifah, resipi sambal geprek ini sedikit berbeza tetapi sangat sedap. Jika anda penggemar sambal dan seorang yang sukakan makanan pedas sangat disyorkan untuk mencuba menu ini.
Sambal Geprek
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
– Lumatkanlah semua bahan tu guna lesung.
– Masukkan cili besar.
– Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat.
– Gaul rata. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
– Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.
Sumber: Juwita Afifah