Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
@mrherohebat Marilah Berzikir Bersma SK Ayer Baloi Pontian tq ustaz @Idris Shamsuddin #motivasi #fyp #faizaltoha #aikommalaysia ♬ original sound – Faizal Toha Aikom