Seakan tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan bayi yang baru dilahirkan secara pembedahan boleh membuatkan anak kecil itu terpaksa menerima 13 jahitan di pipinya. Biarpun kes-kes sebegini jarang kita dengar dan lihat namun itulah yang terjadi kepada bayi perempuan, Kyanni William di Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Sebagaimana yang dilaporkan bayi yang baru lahir secara Czer itu terpaksa pula menerima 13 jahitan selepas doktor yang melakukan pembedahan tertoreh pipi kirinya. Pastinya seisi keluarga bayi tersebut berasa kecewa dan terkesan dengan apa yang berlaku.
Pipi Tertoreh
Pada mulanya, ibu bapa bayi berkenaan merancang bersalin secara normal, namun disebabkan degupan jantung Kyanni gagal dikesan, maka pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan.
“Kami dimaklumkan bayi kami tidak bergerak tiba-tiba dan degupan jantung gagal didengar. Jadi pihak hospital segera melakukan prosedur caesarean,” kata Damarqus Williams, bapa kepada bayi tersebut.
Sejurus selepas Kyanni dikeluarkan kelihatan jelas pada bahagian pipinya kesan luka akibat torehan.
Malah, ahli keluarga juga mendakwa pihak hospital memberi alasan kedudukan bayi berada terlalu dekat dengan dinding plasenta.
Tindakan Undang-undang
Sementara itu, nenek bayi tersebut Tashaira Williams bersyukur dengan kelahiran Kyanni walaupun kecewa dengan kejadian menimpa cucu kesayangannya.
“Melihat cucu yang baru lahir berjumpa pakar bedah plastik untuk mendapatkan 13 jahitan perasaannya sungguh memilukan.
“Setakat ini saya belum pernah mendengar keluarga yang terpaksa melalui kejadian seperti kami,” luah beliau.
Difahamkan, keluarga bayi berkenaan sedang mengumpul dana bagi mendapatkan tindakan undang-undang kepada pihak terbabit.
Sumber: Sinar PLUS & New York Post
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Kepala Berpusing Dan Tak Boleh Bangun, Ini Antara Tanda Vertigo. Ikuti Nasihat Dr Ini.
Anda mungkin mengalami vertigo?
“Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!”
Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini?
Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!
Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.
Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.
Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!
Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.
Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit?
Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :
Loya
Muntah
Kepala seperti berpusing
Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening
Berpeluh
Keresahan
Debaran jantung
Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:
Bertenang, jangan panik.
Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.
Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.
Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.
Jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.
Bila sihat, syukur.
Bila sakit, jumpa doktor.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung, tekak, kepala & leher (ENT)
“Jadi Isteri Ketika Sehelai Sepinggang. Tapi Allah Beri Harta Kasih Sayang.” Fazley Dedah Onak Duri, Duka & Air Mata Sepanjang Perkahwinan!
Melihatkan cara Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melayani isteri kesayangannya dengan penuh kasih sayang, jelas menunjukkan sisi penyayang dan prihatin seorang suami.
Malah, rezeki pula melimpah ruah apabila pasangan melakukan kebaikkan antara satu sama lain.
Bukan tu jer, setiap kali memuat naik perkongsian bersama isteri, jelas melihatkan hubungan erat antara mereka. Biarpun pelbagai dugaan melanda, cinta mereka tetap utuh. Juga, isterinya diberi panggilan manja, ‘adik’ . Sweetkan!
Terbaru, dalam perkongsian menerusi laman instagramnya, Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin Azrene Ahmad.
Sepanjang 14 tahun mahligai dibina, Datuk Fazley atau Fazley mengakui pernah diduga dan diuji namun dengan izin Allah SWT, mereka mampu mengatasinya.
Fazley meluahkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri menerusi hantaran di Instagram tepat jam 12 malam tadi (Sabtu), 7 November 2020, bersempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-14 tahun.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir. Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila Fazley mendedahkan ketika mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang.
Pengorbanan isteri yang dipanggil ‘adik sayang’ itu terhadap dirinya juga sangat besar dan sehingga kini, Azrene masih tetap setia disisi.
Fazley turut mengakui kejayaannya hari ini adalah disebabkan ‘adik sayang’ yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.
“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang.
“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” luahnya.
Perkongsian tersebut menjadi lebih romantis apabila pemilik restoran Minang Kapau itu memuat naik foto-foto awal perkenalan, perkahwinan sehingga kehidupan mereka hari ini, berlatarkan lagu November yang dicipta sepenuhnya oleh Fazley sendiri.
Kejar Lah Impian Walau Setinggi Mana Pun, Jadilah Orang Yang Berjaya. Tetapi Jangan Pernah Lupa Pada Mak & Ayah Kita.
Ibu bapa tiada galang gantinya, berbaktilah kepada mereka selagi hayat masih ada. Usah terlalu mengejar kejayaan, kekayaan kerana perginya mereka, maka hilanglah keredhaan Dia.
Kisah ini cukup menyentuh hati. Bagaimana rajuk seorang anak menyebabkan dia akhirnya menyesal. Namun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia tiada gunanya. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan oleh Nomie Mat Lias ini.
Balik dari kantin tadi, terserempak dengan staf yang dalam gambar tu.
Terus saya sebak teringatkan berita dari seorang kenalan.
“Kakkkkk..
Mak saya dah takde.”
Hiba dan sayu suara Ina dalam telefon.
Saya kenal Ina sejak 2018, tika itu menunggu emak kami sama² masuk di wad di Hospital Temerloh.
Sedikit tentang Ina.
Ina lewat 30an, masih single. Ramah Wanita bekerjaya, korporat – Lady Boss. Ibunya pula pesara guru, sekitar 68thn. Ayah telah meninggal dunia. Punya 1 orang Abang & 1 orang adik perempuan.
Abang & adik telah berumahtangga.
Dalam sendu, dia bercerita:-
“Saya tak sangka kak, ingat Mak tak teruk sangat. Rupanya Mak menanggung sakit dia. Abang dan Adik tahu, patutlah diaorang suruh sangat saya ambil cuti.
Saya kesal sangat. Saya memang degil kak. Saya keras hati. Punca dia, saya dulu berkenalan dengan seorang lelaki. Boleh tahan lah rupanya.
Kami berkawan 2-3 tahun, tapi Mak kurang setuju. Bila saya balik rumah, Mak selalu cakap,
Akak, pilih elok² bakal suami.
Dengar cakap Mak.
Mak cuma nak Akak gembira.”
“Saya merajuk. Saya sibukkan diri dengan kerja, kerna saya tahu Abang & Adik ada di kampung. Saya tak perlu risau nak hulur duit belanja Mak, sebab Mak ada pencen.
Saya teruskan hubungan dengan A. Cumanya yang saya sendiri tak tahan, A ni jenis baran. Mudah naik tangan. Kerja bertukar². Tak pernah kekal lama di satu² syarikat. Macam² saya belanja, yang paling besar, minta saya bayarkan deposit kereta dia.
Dalam setahun, rasanya 10x kot saya yang kena bayar installment kereta tu.
Kemuncak yang saya naik hangin, 2016, ada pulak budak pompuan call. Katanya Mira, budak KL. Dia kata A ni tunang dia, nak nikah bulan 6.
Saya memang terkejut sangat!
Saya nekad stop dengan A.
Dan saya fokus pada kerja saja.
Oh kereta A, kena tarik dek bank sebab tak mampu bayor.
Padan muka dia!
Padan muka saya juga. Duit habis membazir. “
Bila Ina fokus kerja, saya memang jarang² balik jumpa Mak. Banyak trip ke luar negara dan mesyuarat sana sini.
“Lagipun Mak seakan merajuk hati dengan saya. Hanya sesekali kami bersembang dalam telefon.
Awal tahun ni, Mak ada call saya. Mak ajak saya balik kg, nak buat tahlil sikit di rumah. Dah lama tak kenduri. “
Saya pun cakap,
“Alah Mak, hantar jela lauk pauk ke Masjid. Tak payah kalut di rumah. Nanti nak kemas umah lagi, nak layan orang lagi. Sape nak buat?!”
Lama Mak diam.
Satu ayat Mak yang masih terngiang², lembut bicaranya:-
“Mak tak suruh Akak buat kerja, Mak minta balik saja. Abang, Adik dan sedara mara kita insyaallah ada nak tolong. Diaorang dah setuju.
Takpelah Kak, kalau dapat balik, Akak balik. Tak dapat, tak apa. Mak faham, anak Mak orang besar, sibuk.”
Saya tika itu serabut sedang urus satu program besar anjuran syarikat. Jemputan orang² besar negara.
Jadi saya abaikan permintaan Mak.
Dalam hati, Iblis berbisik, “Sikit je, tahlil arwah je pun. Bila² pun boleh doa”.
Dan ya, saya kejam.
Saya pentingkan diri.
Saya tak balik kenduri.
Seingat saya, memang saya takde berhubung dengan Mak selepas itu.
Awal bulan Feb, Adik call, Mak masuk wad.
“Balik lah Kak. Mak sebut nama Akak tu.”
Saya balik, tapi hanya sebentar – balik hari. Ada mesyuarat penting esoknya.
Muka Mak tika itu pucat. Kata Adik doktor yang merawat kata Mak lemah sebab tak cukup darah. Tambahan pulak Mak ada menghidapi sakit Lelah.
Saya tak pasti kenapa saya terlalu bodoh hari tu Kak. Saya tinggalkan Mak, walaupun saya nampak Mak memang lemah.
Abang & Adik tak kata apa.
Yelah, mana mungkin diaorang sanggup tahan saya, saya kan sibuk.
Saya tetap dengan kesibukan kerja rutin.
Selepas 2 minggu, waktu itu Mak di rumah. Jam 11malam, Adik call lagi kata,
” Akak, Mak nak cakap dengan akak ni.”
Perlahan suara Mak berbisik,
“Akak, jaga diri ya. Jangan lupa balik kampung, tengok Abang & Adik. Tolong diaorang, diaorang susah.
Mak sayang Akak.”
Saya terdiam, terasa panas kolam mata.
“Ye Mak, Akak balik. Akak sayang Mak juga”
Saat itu, saya tarik 2-3 helai baju dari almari, terus pecut balik kampung. Sebaik tiba tol Gombak, Abang call.
Saya tergamam, tak berani nak angkat.
Bimbang berita buruk.
“Akak, Mak dah takde. Baru sangat ni. Akak balik ya.”
Terputus² suara Abang dek kerana sedih.
Innalilahiwainnailaihirojiun.
Saya berhentikan kereta di tepi jalan dan saya menangis sepuas²nya.
Masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya :- kecewa, sedih, sayu, sebak, kosong.
Saya gagahkan juga drive balik.
Sampai dirumah, ramai saudara mara berkumpul.
Esoknya, jenazah Mak selamat dikebumikan.
Selepas Mak meninggal, saya terus ambil cuti sebulan untuk tenangkan hati. Saya duduk di rumah Mak seorang diri. Banyak benda yang saya fikir dalam tempoh tu. Saya marah pada diri sendiri kerana terlalu pentingkan diri.
Sekarang, saya akan cari masa untuk balik kampung. Rumah Mak kami sepakat Adik yang jaga dan menetap di situ.
Walaupun saya alhamdullilah ada kerjaya, ada kehidupan, tapi kak, jiwa saya kosong, sekosong kosongnya.
Sepatutnya… dulu, saya bawak Mak jalan², layan Mak baik².
Sungguh kak, saya menyesal!
Sambil borak, ini antara kata² Ina:-
1. Kejar lah impian walau setinggi mana pun, jadilah orang yang berjaya. Tetapi jangan pernah lupa pada mak & ayah kita.
2. Cari masa dan jalan untuk melayan dan gembirakan mak dan ayah.
3. Bila mak dan ayah dah tiada, separuh jiwa seorang anak itu sebenarnya sudah hilang. Saat ini, tiada guna lagi penyesalan. Hanya doa, doa dan doa sebanyak² untuk roh mereka.
Nukilan di hospital,
Nomie Mat Lias
Tepi katil Mak
Benar bagai dikata, untuk belajar erti syukur dan insaf, pergilah ke hospital. Seribu satu kisah ada disini.