Bermain ketika di usia kanak-kanak adalah fitrah, malah ia merupakan hak seorang anak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapanya. Selayaknya sebagai orang tua jangan sekat dan berikan ruang serta peluang untuk anak-anak menerokai dunia mereka mengikut kehendak dan imaginasi mereka.
Hakikatnya, banyak kajian telah dibuat dan keputusan menunjukkan bermain ialah medium pembelajaran yang paling efektif, memberi rangsangan yang positif terhadap perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak tersebut.[su_highlight background=”#98ed8f” color=”#402e2f”]Bermain pun boleh buat anak jadi bijak![/su_highlight]
Bercerita perihal bermain ini, salah satu permainan yang cukup popular di kalangan anak-anak adalah bermain tanah liat, atau juga lebih dikenali dengan nama playdoh.
Perasan atau tidak, jika anak-anak dapat main playdoh ini, mereka akan leka dan asyik dengan dunia mereka. Hinggakan mereka boleh dan dapat menghasilkan satu ‘karya’ yang cukup istimewa. Ini menunjukkan anak-anak setelah bermain tanah liat dilihat begitu kreatif dan berseni.
Menyedari betapa banyaknya kelebihan bila anak-anak bermain tanah liat ini, ada baiknya ibu-ibu pelajari cara buat playdoh sendiri dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur. Bukankah ini idea yang cukup menarik? Malah apa yang lebih penting, kosnya jauh lebih rendah malah SELAMAT jika termakan!
Nak tahu bahagai mana caranya, jom semak perkongsian daripada Lin Chalo melalui facebooknya.
[su_highlight background=”#f8d5eb” color=”#402e2f”](Untuk 1 bahagian – 1 warna)[/su_highlight]
1/4 cawan garam
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar krim tartar
Sedikit pewarna – terpulang pilihan warna pekat atau cair
Ads
*Keseluruhannya, untuk 1 kg tepung gandum boleh buat sehingga 6 bahagian (6 warna)
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan gaul hingga sebati. Sebaiknya gunakan periuk non stick agar adunan tidak melekat dan tak perlu basuh untuk menyediakan doh yang seterusnya.
[su_highlight background=”#f6f5c8″ color=”#04030f”]Langkah 2[/su_highlight]: Gaul Rata
Gaul betul-betul sehingga rata dan semua bahan sebati.
Selepas anak main, masukkan paydoh tersebut dalam plastik yang boleh sealed. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Tahan lebih kurang 3 bulan jika disimpan dengan baik.
Sumber : Lin Chalo dan blog beliau SweetBonda.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila diumumkan bermula 4 Mei, semua sektor ekonomi boleh menjalankan operasi seperti biasa memberi pelbagai reaksi antara kita.
Ada yang berlapang dada dan ramai juga berasa bimbang akan terjadinya penularan covid-19.
Pun begitu, bagi sektor sosial seperti sekolah ianya masih belum beroperasi dan ini bermakna anak-anak perlu disiplin dan terus kekal berada di dalam rumah untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan.
Ini memetik laporan berita Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.
“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.
“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.
Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan.
Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.
“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.
“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.
Anak sulung pelakon popular, Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen-momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
Difahamkan Danish Anaqi berjaya memperoleh pra diploma di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.
“SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakhbar. Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini. Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur.
“Awak dah capai banyak perkara yang tidak pernah Daddy capai dan awak akan lebih berjaya lagi selepas ini. Awak lalui semua halangan, ujian dan kesusahan dan telah memberi inspirasi kepada orang lain.” tulisnya di bahagian kapsyen.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dan juga di akhirat.
“Apa yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih dari segala-gala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW.” tambahnya.
Sesungguhnya bahagian seorang anak adalah apabila ibu ayahnya tidak memaksanya untuk melakukan perkara yang diluar kemampuannya. Malah ia turut memberi kesan kepada dirinya untuk menunjukkan potensi lain dalam dirinya selain akademik.
Tidak dinafikan, setiap ibu ayah akan risau mengenai pembelajaran anaknya terutama apabila anak usia enam tahun masih tidak tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan tahun hadapan akan ke sekolah rendah. Memang stres je rasanya.
Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis.
Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak.
Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA. Ibubapa pasti akan merunggut atau bising bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN 2
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah. Pengasuh pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia, anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.