Ibu Sering Letih, Segera Minum Air Jus Ni Sebagai Booster Agar Lebih Fit & Fresh!

Share

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh bagi seorang ibu adalah dengan mengamalkan minuman air jus daripada bahan-bahan terpilih. Bukan sahaja elok untuk kesihatan dalaman, malah boleh membantu seorang ibu rasa lebih bertenaga dan segar sepanjang hari. 

Minuman jus ini telah diamalkan oleh Puan Sharinaz atau lebih mesra dengan sapaan Kak Naz di dalam facebook. Jom semak apa yang telah dikongsikannya untuk menfaat bersama.


Pagi ni kaknaz nak share satu resepi jus peberet kaknaz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.

Ok, ini sukatan jus yang kaknaz buat untuk 1 gelas.

1 biji epal hijau

1/2 biji timun

2 slice lemon, amil jus sahaja

1-2 sudu besar madu

Air suam untuk kisar

Bahan-bahan:

Cara penyediaan :

  1. Semua bahan di atas di blender.
  2. Kemudian tapis atau tak nak pun boleh. Kaknaz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.
  3. Sedia untuk dinikmati.

Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!

Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.

Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!

EKSTRA INFO : Khasiat bahan-bahan yang digunakan.

TIMUN –ada banyak khasiatnya, antaranya ia mengandungi  tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.

EPAL HIJAUia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.

LEMON tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.

MADU – mempunyai banyak manfaat dan khasiat yang baik untuk tubuh. Bahkan Ratu Cleopatra telah menggunakan madu untuk merawat kesihatan dan kecantikannya.

Sumber :Sharinaz Redwan