Sayangkan isteri pasti seorang suami akan lebih prihatin terhadap bebanan tugas harian yang digalas oleh isterinya.
Lantaran itu, suami akan cuba untuk lakukan tugas mengurus rumah tangga secara bersama-sama bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Namun andai suami buat tak kisah, akan terlihat beberapa perubahan sikap pada isteri yang menunjukkan bahawa tahap bebanan sudah tidak tertanggung lagi.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul
Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh sebab mereka bukan penat bekerja guna stamina, tapi mereka penat guna emosi dan mental.
Ini 6 tanda tanda ibu yang kepenatan :
1. Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.
2. Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.
3. Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.
4. Bila tenaga dah kering, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut kata hati. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.
5. Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.
6. Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.
Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.
Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia tak rasa rehat.
Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.
Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka.
Bila cukup je tidur isteri kita ni percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu yang kita pernah lihat.
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club.