Anak-anak ni segalanya buat ibu bapa. Apa yang diminta mesti akan dipenuhi permintaannya meskipun sedar diri tak mampu. Apatah lagi berkaitan dengan perkara yang membanggakan ibu bapa, pasti akan dituruti.
Baru-baru ini tular kisah dari seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.
Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah kotak pensel jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.
Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.
“Sekitar tahun 1998, saya bertemu dengan seorang wanita berbangsa India dalam mahkamah. Saya tanya dia, apa masalahnya? Dia menjawab yang dia mencuri satu kotak pensel untuk dijadikan hadiah kepada anaknya yang dapat nombor satu. Katanya, harga kotak pensel itu sekitar RM18.
“Jadi, saya beritahu majistret yang saya mahu pergi berjumpa dengan guru besar anak wanita itu. Sesampai di sekolah, guru besar telah membuktikan yang anak wanita itu tadi benar-benar dapat nombor satu,” katanya.
Ads
Menurut Ahmad Zaharil yang sudah 31 tahun berkhidmat sebagai peguam, guru besar berkenaan setuju untuk memberi keterangan kepada mahkamah mengenai isu tersebut.
“Selepas mendengar, majistret memberi hukuman berkelakuan baik terhadap wanita itu. Sebelum beredar, saya beri sedikit duit kepada wanita itu. Saya pun dah lupa berapa yang saya bagi.
“Tapi beberapa individu lain turut menyumbang dan saya rasa adalah dalam RM200 untuk dia berbelanja,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.
Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.
“Suatu hari, saya duduk di kantin.. ada seorang peguam asyik tengook saya. Keesokan harinya pun dia asyik tengok saya sambil tersenyum. Pada hari ketiga, dia datang berjumpa dengan saya.
Ads
“Dia tanya saya ni Encik Ahmad ke? Saya jawab ya. Kemudian dia kata emaknya kirim salam. Katanya, mungkin saya tidak ingat.. tapi dia adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel suatu ketika dahulu. Dan kanak-kanak itu sudah menjadi peguam sekarang.
“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan.. Itu menjadi kenangan yang saya takkan lupa sampai mati,” tambahnya.
Perkongsian video itu turut mendapat perhatian netizen, rata-ratanya begitu tersentuh dengan kisah tersebut yang boleh dijadikan pengajaran bersama.
Duit banyak ditambahkan hidup bahagia pasti menjadi idaman sebuah keluarga tetapi bukan semua dapat menikmati keindahan hidup suami isteri. Suami pasti ada cara untuk memuaskan dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :
1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu ppergerakannya
CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA :
Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..
Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat
TANPA lupa untuk:
44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain
DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.
Namun yang paling penting.
INI SANGAT PENTING
54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..
Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…
Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.
Sumber: denaihati.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Sayang 3 Ungku.” Masuk 3 Bulan, Jihan Muse Bawa Anak Kedua Keluar Rumah
Setelah 3 bulan, pengacara dan pelawak popular, Jihan Muse, 39, berkongsi perasaan gembira apabila membawa anak keduanya, Ungku Altamis Barr keluar buat pertama kali.
Dia berkongsi sekeping dalam satu hantaran di Instagram miliknya. Anak keduanya yang dilahirkan pada 6 September lalu kini telah berusia 3 bulan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jihan menulis kapsyen ringkas tapi penuh makna meluahkan rasa syukur buat anak keduanya. Dalam pada itu, mendoakan keluarganya dilimpahi rahmat. Kapsyen itu jelas menunjukkan keluarganya adalah keutamaan buat dirinya.
Bismillahi MashaAllah..
Baby Altamis going out for the first time.. semoga Allah rahmati keluarga kecilku.. sayang buah hati monda.. sayang 3 Ungku..
Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun dan anak kedua, Ungku Altamis Barr, 3 bulan.
Meninjau di ruangan komen rata-rata teruja dengan perkongsian Jihan. Bukan itu sahaja, rakan artis juga meluahkan kerinduan kepada pengacara bagi Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV).
Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan usaha kuat dari mak ayah sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah.
Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah.
Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda anak bersedia untuk Potty Train
Seronok pergi ke tandas sendiri
Beritahu ibu atau bapa mereka nak kencing atau berak
Nak tukar seluar baju/pakaian apabila basah
Selalu nak buka lampin
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri. Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.
Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.