“Ibu Terkejut & Menangis, Ayah Pula Tanya Saya Gembira Tak?” Cerita Mark Adam Peluk Islam, Netizen Puji Perkongsian Yang Sangat Baik.

Share

Dia cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berlawak. Jenaka yang dilontarkan cukup bersahaja namun mengundang lucu dikalangan netizen. Berasal dari, Cebu,  Filipina, Mark menceritakan kehidupannya terdahulu sebelum bergelar penyanyi.

“Kehidupan saya dari kecil hingga besar memang ada kena mengena dengan muzik. Ada yang bermain saksafon, trumpet dan sebagainya. Adakala mereka bermain muzik, keluarga kami amat mencintai muzik dan itu yang membuatkan saya sukakan bidang ini.

“Waktu umur 5-6 tahun ayah selalu dodoikan saya satu lagu Filipina yang bertajuk ‘Ombak’. Saya selalu menyanyi lagu itu hingga umur 8 tahun. Waktu itu ayah cakap saya boleh menyanyi dan membawa saya ke gereja dan di situ saya belajar banyak benda termasuk harmoni dan teknikal.

“Sampai umur 10 tahun, ayah bawa masuk pertandingan menyanyi dan memperoleh tempat ketiga. Ayah cakap ini sahaja dia mampu beri dan dia cakap kalau hantar ke sekolah belum tentu saya dapat belanja atau tidak. jadi ayah minta saya jaga suara dan bakat saya,”ujar Mark lagi yang bangga kerana dapat memenuhi impian ayahnya untuk melihat dia berjaya menjadi penyanyi.

keluarga yang saya tinggalkan

Cerita Mark lagi, ayahnya selalu memberikan kata-kata semangat untuk dia menjadi kuat.

“Ayah selalu cakap jangan menangis, dia tak nak tengok saya menangis dan suruh kuatkan diri. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, saya menangis kerana walaupun dapat lihat bangunan yang cantik tetapi tak dapat lihat keluarga yang saya tinggalkan.

“Saya tidak tahu tentang Islam dan agama. Di Malaysia saya dapat lihat kepelbagaian agama. Saya peluk Islam kerana percaya dengan agama yang saya lihat hari-hari bermula pada kawan saya Zul yang baik orangnya.

“Saya pergi ke Perkim dan belajar tentang Islam. Isteri ajar saya tentang memberi salam tetapi adakala saya tersasul suka cakap  terbalik  Waalaikumsalam bukannya Assalamualaikum.

“Waktu pertama kali ke rumah mentua, dan ketika bersua muka di depan pintu saya bercakap waalaikumsalam. Memang kelakar bila diingatkan kembali, patutlah mereka tidak menjawab,”cerita Mark lagi.

Ibu terkejut dan menangis

Tersentuh hati melihat mendengar kisah  penyanyi dan pelakon, Mark Adam tatkala bercerita penerimaan ibu bapanya ketika dia mahu memeluk Islam.

Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah kini sudah hampir 16 tahun menjadi saudara baru. Suami kepada  Norazah Redzuan ini mengakui pada awalnya, ibunya agak terkejut sehingga menangis apabila mendapat tahu bahawa anaknya mahu memeluk Islam.

 

 

“Saya nak peluk Islam, saya tanya mak. Dia menangis, mak suruh tanya ayah.

“Satu soalan yang ayah tanyakan pada saya, awak gembira tak?

“Saya cakap gembira. Lepas tu ayah cakap okay  u pergi sana.”  Cerita Mark yang berkongsi cerita tersebut menerusi rancangan Al-Hidayah.

Jenaka’ Tuhan dahsyat

Waktu pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, akui Mark tidak sangka dalam hidupnya dia mampu berdiri di depan kaabah.

“Waktu di sana saya dapat pegang Kaabah dan cium, tapi ada kisah kelakar ketika itu. Waktu depan kaabah, saya selalu pegang kain tetapi waktu pegang kaabah saya cium dan menangis bila teringat semua benda. 15-20 minit di situ, saya berpusing untuk beredar dan nampak Shuib.

“Ketika nak ambil kain untuk lap hingus dan air mata, Shuib cakap itu bukan kain kepunyaan saya. Barulah saya sedar kain tersebut berwarna merah. Rupa-rupanya itu adalah kain seorang mak cik tengah menarik kainnya.

“Terus saya lepaskan. Shuib  cakap, Mark awak pelawak kan, suka buat jenaka kan. Tengok ‘jenaka’ Tuhan, dahsyat kan. Memang kami gelak sampai menangis di situ,”ujar Mark lagi yang mengakui rindu untuk kembali lagi ke sana.

Sejuk hati isteri pakai tudung

Mengulas mengenai keputusan isteri memakai hijab, Mark memberitahu banyak perubahan yang berlaku atas isterinya. Sejuk hatinya bila isteri kesayangan memakai tudung.

“Isteri yang ambil keputusan untuk berhijab. Dia sangat cantik pada pandangan mata saya. Memang saya tak ada cakap apa-apa dan itu adalah satu pilihan yang betul. Saya sangat suka dia bertudung.  Sejuk hati apabila memandang isteri memakai tudung. 

“Dalam dunia ini dua sahaja yang kita kena fikir, elok dan tak elok. Mana satu pilihan kita, Kenapa nak susah-susah, pilih yang elok lah supaya hidup kita menjadi elok. Kena kuatkan iman dan percaya. Kena teruskan usaha. Dugaan kena terima dan reda. Dugaan diberi kerana akan ada kebaikan selepas itu, ungkap Mark lagi. 

Sumber: IG markadam1079 & Al Hidayah